Thursday 13 September 2012

Majlis Hari Raya (II)

Pada 13 Sepetember 2012(Khamis) sekali lagi Galei Ilmu Sdn Bhd telah mengajurkan Majlis Mesra Aidilfitri 1433H di Astana Karya. Majis ini dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Koporat, Jabatan Penerbitan dan Iklan serta Jabatan Khidmat Media dan IT. Ramai tetamu yang hadir, antaranya penulis buku dan majalah, pengacara, artis nasyid dan sebagainya.


Antara jemputan yang hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri yang lalu.

Tidak lupa juga sambutan majlis ini turut disertai oleh pelajar pratikal dari Thailand. Istimewanya, majlis ini dilakukan secara bergotong royong dan rewang. Antara juadah yang disediakan adalah Ayam Masak Lemak Cili Api yang khas disediakan oleh Puan Hajah Aliyah dan Puan Hajah Jalilah. Selain itu, turut yang terhidang ialah ulam-ulaman, sambal belacan, sate dan kuah kacang, ketupat palas, nasi impit, sayur kacang dan hati ayam goreng tumis, asam pedas ikan tongkol dan makanan khas yang datang dari Thailand yang dibuat oleh pelajar Thailand iaitu Sontam Betik Pataniah.

Manakala bagi pencuci mulut pula bermacam kuih muih yang disediakan iaitu kuih karipap, rojak buah, kuih talam, sagu berkuah gula melaka, puding dan kek cawan polkadot dan sebagainya.


Kemesraan Aidilfitri yang sempat dirakam.
 Kemeriahan bertambah manis apabila rata-rata kesemua staf  turun padang untuk membantu antara satu sama lain dalam rewang tersebut.

Majlis Rewang yang diadakan di Jabatan Editorial Buku & Majalah



MAJALAH ANIS

Sudah hampir 15 tahun Majalah ANIS bergelandang di arena ilmiah. Jadi, pada sambutan hari ut, Faizal Hijjaz telah menaja kek untuk Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Penerbitan GISB. Pemotongan kek dimulakan dengan bacaan doa serta acara potong kek diadakan beramai-ramai oleh para kolumnis dan rakan-rakan penerbitan. Tak sangka ANIS kini sudah berusia 15 tahun lamanya mulai Julai 1997.


Majalah ANIS tahun 1997 sehingga kini

Puan Norhashimah (Editor Majalah ANIS) dan Cik Aida (Reka Bentuk  Majalah ANIS) 

No comments:

Post a Comment