Tuesday 26 March 2013

Al-Fatihah - Allahyarham Ustaz (Dr) Muhammad Uthman el-Muhammady


Alfatihah.....
Tokoh Maal Hijrah 2005 dan mantan Felo Kehormat IKIM, Ustaz (Dr) Muhammad Uthman el-Muhammady telah kembali ke rahmatullah semalam Isnin 25/3 sekitar jam 7 malam. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid UIAM Gombak selepas Solat Zuhur hari ini 26/3, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIAM. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Al-Fatihah.





Saturday 23 March 2013

Meraikan Pelajar Praktikal dan Hari Lahir Kakitangan Galeri Ilmu

Kakitangan Galeri Ilmu meraikan pelajar praktikal yang baru akan menamatkan latihan industri mereka pada 29 Mac 2013 ini nanti. Selain itu, pihak di Jabatan Majalah dan DTP meraikan hari lahir kakitangan Galeri Ilmu Sdn Bhd.



                     



Friday 22 March 2013

Lawatan ASUH ke SK Batu 4(1), Jalan Ipoh

Pada hari 21 Mac 2013, Tim Majalah ASUH telah mengadakan lawatan sempena Minggu 'Pendidikan Moral & ISLAM' di Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1). Turut serta dalam program tersebut adalah pelajar-pelajar sekolah itu serta guru-guru mereka. Manakala wakil dari Tim ASUH adalah terdiri daripada unit pemasaran, Puan Marzhatul Syima (Editor Majalah ASUH), Cik Nur Azniwati, Cik Intan, Cik Khalida dan En Nasri Nasir.



Wah.. belum sempat krewMajalah Asuh menyusun buku-buku
dan majalah untuk dijual, adik-adik pelajar dah serbu ruang jualan.
Meriahnya! Terima kasih atas sokongan adik-adik!
Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami.

Tuesday 19 March 2013

Thursday 14 March 2013

Penulis Buku U Are The Best di GIMG

Dr Shafie Md Amin al-Muqri telah datang ke Jabatan Buku GIMG untuk melihat hasil percetakan dan penulisan beliau iaitu buku yang bertajuk YOU ARE THE BEST - KAMU UMAT TERBAIK. Buku ini merupakan salah satu manual pengurusan kehidupan dan pengurusan organisasi berlandaskan al-Quran.

Dr Shafie Md Amin al-Muqri

Dr Shafie mahu pembaca mengenali dan memahami
isi kandung al-Quran

Saat pertama You Are The Best berada di tangan Dr Shafie Md Amin
bersama dengan Pengarah Jabatan Buku, Hj Zakaria Sungib.


Thursday 7 March 2013

Pemergian Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali

Perginya seorang hamba Allah yang pernah berbakti kepada syarikat ini iaitu Ustaz Rujhan M.Razali. Beliau merupakan adik kepada Ustaz Zul Ramli Hj M.Razali ( Editor Eksekutif Majalah Q&A) telah menemui pencipta-Nya pada pagi tadi. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Rujhan. Pemergiannya amat dirasai. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham merupakan sebahagian kolumnis Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sebagai seorang Ustaz dan motivator, ini kata-kaat hikmah yang pernah beliau kongsikan kepada pendengarnya.

" Kalau tak dapat yang kita suka, 
  Sukalah apa yang kita dapat "
" Jangan sedih jika diri tidak dihargai, 
  Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi "

" Hidup ini terlalu singkat, 
  Ia menjadi bertambah singkat.
  Bila kita banyak membuang masa"

" Hidup ini terlalu singkat. 
  Malang jika kita penuhkan 
  Dengan sengekta dan airmata"

" Hidup tidak selalu indah, 
  Kerana disitu terletak 
  Indahnya kehidupan"



Marilah sama-sama kita tatapi dan hayati buah tangan terakhir Allahyarham kepada kita dalam majalah Q&A April 2013, ruangan Kata & Makna; " Kejayaan adalah kegagalan yang diterbalikkan", dan Majalah Q&A isu 16, ruangan Terapi Hati: "Mengurus Masa"- seorang mukmin itu ialah mereka yang agenda hidupnya sangat bermakna. Setiap detik akan dimanfaatkan untuk kebaikan..

Moga-moga kita mendapat manfaat daripada pesanan terakhirnya ini dan amal jariah Allahyarham ini akan berkekalan selama-lamanya dan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik alasan.








Penulis Galeri di KOSMO - Puan Nurulsham Saidin


Layari www.galeriilmu.com untuk membuat pembelian buku-buku penulis ini.

Tim ASUH di SK Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

Tim ASUH telah ke SK Taman Kota Masai ,Pasir Gudang, Johor. Ruang jualan kami sesak diserbu adik-adik yang hendak mendapatkan produk keluaran Majalah ASUH. Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah yang memebri keizinan kami bertandang ke sini. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh lanser kamera kami ketika berada di sana.





Slot Bicara Buku di Segmen Mesra Bersama ANIS

Pada Khamis lalu, Segmen Mesra Bersama Anis di IKIM.FM telah memenuhi Slot Bicara Buku bersama penulis Bersyukur Kerana-Nya iaitu Tuan Syed Alwi Alatas.





Wednesday 6 March 2013

Di Mana Bumi Dipijak sudah boleh 'mengembara'.

Karya ke-35 oleh Tuan Hj Cikgu Abu Hassan iaitu Di Mana Bumi Dipijak telah berada di pasaran sekarang. Buku ini merupakan buah tangan hasil perjalanan penulis menyulusuri bebrapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. Penulis juga memberi gambaran sebenar mengenai kehidupan masyarakat islam yang majoritinya dikelilingi masyarakat bukan Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mampu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

Saat mula buku sampai di tangan. Gembira disulami syukur.






Kepada anda di luar sana, jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran sekarang juga atau sila layari laman sesawang kami di www.galeriilmu.com.