Saturday 29 September 2012

JOM!!! KEM ASUH 2012

Kem Asuh ' Jom Jadi Baik'

Pada 25 hingga 29 November 2012 dan 16 hingga 20 Disember 2012, Majalah Asuh mengadakan KEM ASUH 2012 bertemakan JOM JADI BAIK.

Bayaran tersebut hanyalah RM 500 seorang sahaja. Bagi 70 peserta terawal yang mendaftar, anda layak mendapat ' penjimatan' sebanyak RM 80 iaitu hanya bayar sebanyak RM 420 sahaja.

Jom! ajak anak-anak anda untuk sertainya pada musim sekolah ini.  Aktiviti ini akan membantu anak-anak anda lebih berdikari dan mantap dari semua aspek rohani dan jasmani.

Untuk keterangan lanjut layari : http://www.galeriilmu.com.my


Monday 24 September 2012

Promosi Pre-Order Bermula sekarang!

Promosi PRE-ORDER + POS PERCUMA dengan DISKAUN 10% .
1. 43 Inspirasi Mendidik Anak
2. Memilih Untuk Bahagia

Berminat sila layari laman web kami di www.galeriilmu.com.my atau hubungi kami di talian 03-6142 1614 (Puan Maizanur, Unit Langganan Buku dan Majalah)



Wednesday 19 September 2012

Lawatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pn Hajah Jalilah sedang menerangkan
proses majalah di rekabentuk

Pada 19 September 2012, pihak daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat lawatan ke  Galeri Ilmu Sdn Bhd . Lawatan tersebut disertai seramai 13 orang yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 3 perempuan. Lawatan tersebut dikendalikan oleh Puan Hajah Jalilah (Pengurus Majalah/ Editor Majalah QnA) dan Puan Marzhatul Shima (Editor Majalah Asuh). Manakala Puan Norhashimah Abdul Rahman (Editor Majalah Anis) tidak berada pada waktu tersebut kerana mempunyai tugas di luar pejabat.

Puan Marzathul sedang memberi
penerangan tentang pembuatan
Majalah Asuh.
    




Lawatan mereka ini bertujuan untuk mengenal dan mengetahui bagaimana proses buku dan majalah yang diterbitkan di sini. Selain itu, sasaran mereka adalah mempelajari cara-cara penghasilan majalah keluaran GISB. 

Tuesday 18 September 2012

Promosi September 2012

Promosi September 2012

Anda berminat dengan buku-buku ini??..

Segera dapatkan koleksi buku-buku tersebut dengan DISKAUN sebanyak 15% serta PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh negeri.

Jom! apa tunggu lagi, jika berminat sila layari http://www.galeriilmu.com.my/.



*Untuk mengetahui sinopsis buku-buku ini sila KLIK >> Buku Kita Harta Kita

Selain itu juga, kami juga menawarkan buku-buku TERBARU DAN TERKINI kami untuk anda>>

Novel Awal Remaja




Friday 14 September 2012

Lawatan dari Sekolah Islam Darul Iman

Pada 14 September 2012, pihak Galeri Ilmu telah menerima lawatan daripada Badan penerbitan dan Ilmiah (PENA) dari sebuah sekolah di Kuala Nerang iaitu Sekolah Islam Darul Iman. Mereka telah membuat lawatan sambil belajar di GISB bertujuan untuk mendapatkan info-info serta mengetahui proses pengeluaran buku yang dilakukan di GISB.
Semua pelajar lelaki sempat merakam kenangan di hadapan bangunan GISB

Segelintir pelajar yang terlibat dalam program ini.

Lawatan yang dibuat di Jabatan Editorial 

Thursday 13 September 2012

Majlis Hari Raya (II)

Pada 13 Sepetember 2012(Khamis) sekali lagi Galei Ilmu Sdn Bhd telah mengajurkan Majlis Mesra Aidilfitri 1433H di Astana Karya. Majis ini dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Koporat, Jabatan Penerbitan dan Iklan serta Jabatan Khidmat Media dan IT. Ramai tetamu yang hadir, antaranya penulis buku dan majalah, pengacara, artis nasyid dan sebagainya.


Antara jemputan yang hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri yang lalu.

Tidak lupa juga sambutan majlis ini turut disertai oleh pelajar pratikal dari Thailand. Istimewanya, majlis ini dilakukan secara bergotong royong dan rewang. Antara juadah yang disediakan adalah Ayam Masak Lemak Cili Api yang khas disediakan oleh Puan Hajah Aliyah dan Puan Hajah Jalilah. Selain itu, turut yang terhidang ialah ulam-ulaman, sambal belacan, sate dan kuah kacang, ketupat palas, nasi impit, sayur kacang dan hati ayam goreng tumis, asam pedas ikan tongkol dan makanan khas yang datang dari Thailand yang dibuat oleh pelajar Thailand iaitu Sontam Betik Pataniah.

Manakala bagi pencuci mulut pula bermacam kuih muih yang disediakan iaitu kuih karipap, rojak buah, kuih talam, sagu berkuah gula melaka, puding dan kek cawan polkadot dan sebagainya.


Kemesraan Aidilfitri yang sempat dirakam.
 Kemeriahan bertambah manis apabila rata-rata kesemua staf  turun padang untuk membantu antara satu sama lain dalam rewang tersebut.

Majlis Rewang yang diadakan di Jabatan Editorial Buku & Majalah



MAJALAH ANIS

Sudah hampir 15 tahun Majalah ANIS bergelandang di arena ilmiah. Jadi, pada sambutan hari ut, Faizal Hijjaz telah menaja kek untuk Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Penerbitan GISB. Pemotongan kek dimulakan dengan bacaan doa serta acara potong kek diadakan beramai-ramai oleh para kolumnis dan rakan-rakan penerbitan. Tak sangka ANIS kini sudah berusia 15 tahun lamanya mulai Julai 1997.


Majalah ANIS tahun 1997 sehingga kini

Puan Norhashimah (Editor Majalah ANIS) dan Cik Aida (Reka Bentuk  Majalah ANIS) 

Wednesday 12 September 2012

Jerayawara Buku UITM Segamat, Johor

Pada 11 september 2012, Ustaz Shahrul Zaman Lukman (Editor Agama Galeri Ilmu Sdn Bhd) dan Tuan Haji Zakaria telah dijemput ke program Jerayawara Buku UITM Segamat, Johor bagi membicarakan slot Bual Bicara Q&A di Speaker's Corner, UITM Segamat. 

      
   
     

Menziarahi Ustaz Rujhan M Razali

Team penerbitan yang diketuai Tuan Hj Wan Azmin Wan Dollah, pengarah Penerbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd melawat Ustaz Rujhan M Razali yang baru pulih dari 'mild stroke' di kediamannya di Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang. Ustaz Rujhan merupakan kolumnis Majalah Q&A di ruangan Asmaul Husna dan Terapi Hati. Beliau juga turut menyumbang artikel di ruangan Kata & Makna dalam majalah ANIS. Kami mendoakan semoga ustaz cepat sembuh agar dapat meneruskan kerja-kerja dakwah. 

Monday 10 September 2012

Jom! Baca @ Galeri Ilmu

Jom! Baca @ Galeri Ilmu
Segera dapatkan buku-buku ini di pasaran sekarang!!!

Buku Terlaris : - 
1-  Cinta High Class
2-  Aku Terima Nikahnya 
3-  Catatan Penglipur Lara
4-  Keajaiban Firasat
5-  Bijak Mengurus Wang
6-  Pulang Bersama Haji Mabrur
7-  Bukan Sekadar Resepi
8-  Syurga Merinduimu
9-  Hai Darling!
10- Macedonia Alexander Agung

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai SINOPSIS buku-buku yang disenaraikan di atas sila KLIK >> BUKU KITA HARTA KITA

Buku-Buku Terlaris


Anda yang berminat memilikinya bolehlah mendapatkan buku-buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda  atau anda boleh melayari web Galeri Ilmu Sdn Bhd.




Thursday 6 September 2012

Lawatan Pelajar UITM Melaka ke GISB

Pelajar UITM sempat mempromosikan
Buku Selera Dapur ANIS bersama
Puan Hajah Aliyah.
Pada hari ini, GISB telah didatangi seramai lima orang pelajar jurusan pemasaran dari UITM Melaka. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Ketua Komunikasi Korporat GISB iaitu Puan Hajah Aliyah. Sepanjang lawatan, mereka telah dibawa ke setiap jabatan dalam GISB iaitu meliputi Jabatan Pemasaran, Promosi, Jabatan Editorial Majalah dan Buku, IT dan DTP, Jabatan Layar Consult serta Jabatan Pentadbiran dan Kewangan.Tujuan lawatan ini diadakan dari UITM Melaka ialah untuk mengkaji dunia pemasaran buku-buku islamik oleh syarikat GISB. 


Beramah mesra bersama
Cikgu Abu Hassan Morad.


Sebelum pulang, mereka sempat beramah mesra bersama Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Cikgu Abu Hassan Morad di ruang pejabatnya. Selain itu, mereka sempat membawa buah tangan daripada GISB sebagai tanda perhargaan terima kasih kepada mereka atas lawatan yang dibuat.

Wednesday 5 September 2012

Sambutan Majlis Aidilfitri ( I )

Dari kiri : Pn Mai, Pn Mira,
Cik Wawa dan Cik Mira (AV)
Anas bin Malik r.a berkata :
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata : Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang mejadi medan permainan kalian pada masa jahilliyah. Sabdanya lagi : Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladhadan Aidilfitri" (Hadis Riwayat al-Nasaii)

Pada 18 Syawal 1433H, pihak GISB telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bertempat di Karya Astana GISB sendiri. Jamuan Aidilfitri ini anjuran Jabatan Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Promosi, Jabatan AV, GI Motivation & Training serta Iqra'mall. Majlis ini diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal serta mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin antara staff GISB. Pelbagai juadah yang menarik disediakan.




Suasana Jamuan Aidilfitri yang sempat dirakam melalui lanser kamera.