Tuesday 28 August 2012

Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka


GALERI ILMU SDN BHD 
Mengucapkan..
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada seluruh pembaca Majalah Anis, Majalah Asuh, Majalah QnA  dan buku-buku keluaran kami di seluruh Malaysia. Terima kasih atas sokongan dan perhargaan yang anda berikan kepada kami.
Salam Adilfitri daripada keluarga GISB


Thursday 16 August 2012

Lawatan amal ke Hospital Sungai Buloh, Selangor

Puan Aliyah menyampaikan
cenderahati kepada Ketua Unit Hospital

Salam Jumaat (10 ogos 2012 bersamaan 21 Ramadan 1433H)...
Pagi ini selesai membaca surah Yassin, warga kerja Galeri Ilmu Sdn Bhd telah membuat kunjungan ke Hospital Sungai buloh untuk beramah mesra dengan pesakit di situ.
Hadis mengatakan;
"Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam 'Kharfah' sehinggalah dia pulang." Baginda bertanya: "Wahai Rasullullah, apakah yang dimaksud dengan 'Kharfah'? Rasullullah SAW bersabda : " Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)".Hadis Riwayat Muslim.
Buah tangan yang di bawa oleh GISB

Ketibaan staff Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB) seramai  22 orang disambut dengan meriah oleh kakitangan pekerja Hospital Sungai Buloh pada pagi yang mulia itu. Pelbagai buah tangan dan cenderahati telah di bawa oleh GISB bertujuan untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang  berada di wad masing-masing. Selain itu, dapat mengembirakan pesakit dengan pemberian cenderahati.




    
Barisan staff yang melawat ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.








Wednesday 15 August 2012

Majlis Berbuka, Tarawih dan Qiamullail

Majlis Berbuka Puasa
Pada 15 Ogos 2012 ( 26 Ramadan 1433H), GIMG telah mengadakan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan majlis Qialmulaill pada malam tersebut.  Semua staf terutama lelaki menyertai dalam majlis ini. Turut serta ialah Pengarah Urusan GIMG iaitu Tuan Haji Cikgu Abu Hassan Morad. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti yang ada pada bulan Ramadan di GIMG. Tujuan majlis berbuka diadakan untuk membina silaturrahim serta mengukuhkan ikatan yang terjalin sedia ada di kalangan staff GIMG.

Jemaah sedang mengerjakan solat Tarawih

Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail, yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Jadi, selepas majlis berbuka puasa, solat Mahgrib dan solat Isyak, solat Terawih dilakukan serta diimankan oleh Ustaz Shahrul Zaman Lukman.

Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Khatam al-Quran

Bacaan Yassin oleh staff GISB
 Rasullullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali"

Sempena bulan Ramadan lalu, GISB telah mengadakan bacaan Yassin dan majlis Khatam al-Quran bagi semua staff GISB. Bacaan Yassin telah di adakan tiap-tiap hari Jumaat bertempat di surau GISB sendiri. Tujuan bacaan Yassin ini diadakan untuk mendapat ketenangan dan berkat dari-Nya.

Majlis Khatam al-Quran
Al-Quran adalah Kalamullah yang Qadim, sebaik-baik di dunia mahupun akhirat. Bulan Ramadan merupakan bulan penuh ganjaran. Pada bulan itu, GISB telah mengadakan majlis khatam al-Quran di mana, mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil serta juzuk-juzuk al-Quran yang telah di susun atur oleh pihak atasan. Majlis khatam al-Quran ini telah disertai oleh seluruh staff GISB termasuk juga staff praktikal yang berasal dari Thailand. Majlis khatam al-Quran diadakan pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadan 1433H. Bacaan khatam al-Quran ini di ketuai oleh En Nasir Nasri.


Tuesday 14 August 2012

Aktiviti menghias Jabatan Editorial

Sampul  duit Raya GISB
Buah pauh ditengah bendang,           Cincin disarung hati berdebar,            
Jadikan dagangan ditengah kota,      Jalinan lembut wajah terhias,              
Saudara jauh datang bertandang,      Ramadan disambut penuh sabar,        
Bermaaf-maafan sesama kita.          Aidilfitri disambut dengan meriah.


Pn Shamsiah, Pn Noraina & Pn Suraya
Tinggal 4 hari saja lagi. Sememangnya, detik ini ditunggu bagi umat Islam yang menyambutnya. 
Manakan tidak, khususnya bagi kaum wanitalah yang sibuk menguruskan persiapan raya termasuklah menghias rumah, menyediakan kelengkapan baju raya bagi si anak-anak dan si bapa serta pelbagai lagi. Manakala bagi keluarga GISB juga tidak terlepas peluang mengambil masa sedikit di pejabat untuk menghias jabatan masing-masing sempena raya ini. Ini dapat dilihat di mana, jabatan Editorial (Buku) rancak menghias jabatan mereka, antaranya ialah Puan Shamsiah dan Puan Noraina.

Cik Azney dan Staff DTP
Bagi Jabatan Editorial (Majalah) juga tidak ketinggalan menghias jabatan mereka. Setiap jabatan ada gayanya tersendiri. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menceriakan jabatan serta menghangatkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Monday 6 August 2012

Pengisian Bulan Ramadan 1433H



Kuliah Bulan Ramadan 1433H

Rasulullah SAW bersabda: " Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai ( tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." 
( Riwayat al-Bazzar).

Sepanjang bulan Ramadan, Galeri Ilmu Sdn Bhd menganjurkan kuliah Ramadan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pada 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadan 1433H sehingga 15 Ogos 2012 bersamaan 26 Ramadan 1433H, jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Tujuannya agar seluruh warga GISB dapat menambahkan ilmu dan memanfaatkannya  untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Kuliah ini diadakan berselang-seli dengan beberapa ustaz yang merupakan kolumnis bagi Majalah QnA dan Majalah Anis. Antara ustaz yang terlibat ialah Ustaz Zul Ramli M.Razali, Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Fahrur Rozi, dan ramai lagi. 

Ikuti tazkirah Ramadan yang telah dibuat di Astana Karya ,GISB seperti berikut :-

  1. Ustaz Zul Ramli M.Razali  - Ramadan yang Berkesan 
  2. Ustaz Habib Ali Zainal Abidin - Madrasah Puasa
  3. Ustaz Nazrul Nasir - Usia yang Barakah
  4. Ustaz Muhadir Haji Joll - Wirid
  5. Ustaz Sabri Abdul Ramli - Pencerahan Ramadan
  6. Ustaz Abdul Majid Hassan - Misteri Alam Jin
  7. Ustaz Hamizul Abdul Hamid - Zakat di Bulan Ramadan