Senarai peserta terkini!
Bengkel Anis - Aneka Mi Cina Halal bersama CHEF FAIZAL NG
Pada: 5 Okt 2013 / Sabtu
Tempat: Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam
1. Fauziah Hanim – Shah Alam, Selangor
2. Ummu Hani – Dungun, Terengganu
3. Azadiah – Ampang
4. Razmah Huseen – Kuala Lumpur
5. Azline - Klang
6. Azimah - Putrajaya
7. Dzulkarnain - Ipoh
8. Azura
9. Halimaton Saadiah - Penang
10. Sakinah Ani - Shah Alam
Terhad: 20 peserta sahaja!
Bayaran: RM300 termasuk makan, resepi dan sijil.
* Mi Sizzling
* Mi Hakka Kari
* Mi Wantan
* Mi Kungfu
* Mi Laksa Tiew Chew
BONUS: Panduan membuat mi kuning (langkah demi langkah) dan tips membuka perniagaan kecil.
Hubungi 03.61421614 (Suriati)
Emel: suriati@galeriilmu.com.my
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Thursday, 26 September 2013
Friday, 5 July 2013
Jadual Kuliah Bulan Ramadan Galeri Ilmu Media Grup H1434
Masa : 12.30 - 1.30 Tengah Hari
Minggu 2 - JULAI
11.7.2013 - Ustaz Shahrul Zaman Lukman
12.7.2013 - Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim ( 10.30 pagi- 11.30 pagi)
Minggu 3
15.7.2013 - Ustaz Fahrur Rozi
16.7.2013 - Ustaz Hamizul Abdul Hamid
17.7.2013 - Ustaz Wan Sohor Bani Leman
18.7.2013 - Ustaz Muhadir Haji Joll
Minggu 4
22.7.2013 - Ustaz Shukri Shamsuddin
23.7.2013 - Ustaz Fahrur Rozi
24.7.2013 - Ustaz Hizbur Rahman Hj Omar Zuhdi
25.7.2013 - Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Minggu 5
29.7.2013 - Ustaz Abdullah Mahmud
30.7.2013 - Ustaz Ahmad Shukri Yusof
31.7.2013 - Ustaz Mohd Fadli Yusof
Minggu 1 -OGOS
01.8.2013 - Ustaz Dato Zawawi Yusoh
05 & 06 .8.2013 - Majlis Khatam Al-Quran Kakitangan GIMG ( Program Usrah Fikrah)
Majlis Bacaan Yassin dan Ratib Al-Hadad setiap pagi Jumaat jam 8.15 pagi.
Thursday, 4 July 2013
Program bersama Prof Kamil dan Puan Roza
Alhamdulillah, program bersama Prof Kamil dan Puan Roza di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
Puan Roza membuat demo masakan Arab istimewa buat warga Kuching di Dewan Hikmah, Petra Jaya, Kuching.
Kuliah Maghrib Prof Kamil bersama kariah Masjid Muhajirin di Matang Jaya, Kuching.
Saturday, 29 June 2013
Being-Me @ PICC
Alhamdulillah, program Being-Me anjuran Mercy Mission Malaysia berjaya diadakan dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majalah Anis adalah majalah rasmi untuk program ini. Terima kasih kepada semua peserta dan tahniah kepada penganjur.
Tuesday, 25 June 2013
Bengkel Penulisan Novel Islami Bersama Hilal Asyraf
Sedang berjalan sesi pembentangan karya daripada 15 peserta Bengkel Intensif Realiti Novel Islami anjuran bersama LangitIlahi Consultancy dan Galeri Ilmu Media Grup.
Bengkel ini berjalan selama 2 hari 1 malam semenjak 22hb Jun 2013 di Hotel De Palma Shah Alam.
Selain mempunyai banyak slot yang dikendalikan oleh penulis berpengalaman seperti Ustaz Hasrizal, Ummu Hani, Abu Hassan Morad, Zakaria Sungib, Wan Zayu dan Hilal Asyraf sendiri, bengkel ini juga memberikan peluang peserta-peserta membentangkan karya mereka di hadapan para editor Syarikat Galeri Ilmu Media Grup.
Jika pembentangan peserta memenuhi citarasa editor, di hujung bengkel ini para peserta akan mendapat surat tawaran untuk menjadi penulis novel di bawah Syarikat Galeri Ilmu.
Sekiranya tidak berjaya, mereka akan diberitahu apa yang mereka perlu perbaiki lagi.
Bengkel ini berharga RM750 termasuk penginapan di Hotel De Palma Shah Alam dan makan minum disediakan di hotel juga. Special rate untuk alumni bengkel bersama Hilal Asyraf di seluruh Malaysia sebelum ini - RM500
InsyaAllah kami akan anjurkan lagi untuk fasa ke-2 tahun ini dimulakan dengan Road Tour Bengkel Introduction Ke Alam Penulisan bersama Hilal Asyraf di empat zon - Wilayah Tengah, Utara, Pantai Timur dan Selatan.
Monday, 24 June 2013
Lawatan Pelajar SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor
Seramai kira-kira 40 pelajar daripada SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor melakukan lawatan sambil belajar di syarikat Galeri Ilmu.
Monday, 27 May 2013
Bengkel Penulisan Novel Islami
Sertai Bengkel Penulisan Islami bersama Hilal Asyraf. Tempat adalah terhad!
(Sila klik pada iklan di atas untuk paparan yang lebih besar)
Saturday, 18 May 2013
Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013
Sempena Sambutan Hari Guru pada bulan Mei ini, Sambutan hari guru Peringkat Kebangsaan 2013 telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Tertutup Nilai, negeri Sembilan. Seusai majlis, beliau dibawa ke ruang pameran dan diberi penerangan ringkas mengenai Katalog 50 Karya Terbaik Guru 2013. Lima judul terbitan Galeri Ilmu termasuk di dalam 50 karya itu. Lima judul itu adalah :
1. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad
2. Cikgu, Anak Saya Okey? - Wan Zayuhisham Wan Yusoff
3. Diari Aneesa 2 - Norehan M.Nooh
4. Tariq United - Khairy Tajuddin
5. Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah
2. Cikgu, Anak Saya Okey? - Wan Zayuhisham Wan Yusoff
3. Diari Aneesa 2 - Norehan M.Nooh
4. Tariq United - Khairy Tajuddin
5. Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah
Tuesday, 7 May 2013
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 -PBAKL 2013
Selama 9 hari, Galeri Ilmu Sdn Bhd telah berkampung di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013) pada 26 April hingga 4 Mei 2013. Pelbagai ragam dan gelagat pembeli serta staf Galeri Ilmu sempat dirakam lensa kamera kami.
Wednesday, 24 April 2013
Sekitar Persediaan Akhir ke PBAKL 2013
Panas! Panas! Bahangnya makin terasa! Buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Erti Hidup pada Memberi, dan buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Seraut Kata Selaut Rasa, baru sampai dari kilang. Lebih kurang 2 hari sahaja lagi!! Tunggu anda di sana!
Monday, 22 April 2013
Sekitar Taklimat Akhir PBAKL
Telah berlangsung sesi taklimat akhir persediaan untuk PBAKL 2013 di surau Astana Karya, yang melibatkan editor-editor, krew-krew majalah dan buku, dan para promoter syarikat Galeri Ilmu Media Group.
Friday, 19 April 2013
Grup Buku Tiga Lima
Sesi perbincangan bersama wakil Grup Buku Tiga Lima, Tuan Zonan Villa, dan penulis novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh, Web Sutera, dalam rangka menemui peminat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC.
Bedah Buku 'You Are The Best' oleh Dr. Mohd Shafie Md Amin
Pada Khamis lepas, penulis buku 'You Are The Best' iaitu Dr. Mohd Md Amin telah datang ke Galeri Ilmu Media Group bagi menyampaikan serba sedikit tazkirah beliau mengenai buku terbaharu beliau.
Tuesday, 16 April 2013
Asuh @ SK Bukit Beruntung 2, Rawang
Alhamdulillah, pasukan Majalah Asuh dapat bersama-sama pelajar Sek Keb Bukit Beruntung 2 hari ini. Sambutan sangat menggalakkan. Jualan barangan Asuh dan Rabbani juga laku keras! Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak sekolah. Insya-Allah, jumpa lagi pada masa akan datang, ya. Jom Jadi Baik!
Tuesday, 9 April 2013
Friday, 5 April 2013
Usrah Nurani- Yatt Hamzah dan Sham Kamikaze
Bersama Naqib Ustaz Zul Ramli M. Razali & ahli usrah Sham Kamikaze, Yatt Hamzah dan Norhayati Paradi membicarakan topik 'Hidup Sebagai YB'. Beginilah cara mereka berkongsi pengalaman dan usrah di konti Ikim.Fm.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































