Wednesday 24 April 2013

Sesi Sanggar Penulis

Bersama penulis buku 'Umrah Super A', Tuan Hj. Zainal Hj. Bujang. Anda inginkan kesempurnaan dalam perlaksanaan ibadah Umrah? Dapatkan segera buku ini di PBAKL 2013. Kurang lebih 2 hari lagi. Jom ramai-ramai ke gerai Galeri Ilmu Media Group di Dewan Tun Hussein Onn. Tunggu anda di sana!!



Sekitar Persediaan Akhir ke PBAKL 2013

Panas! Panas! Bahangnya makin terasa! Buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Erti Hidup pada Memberi, dan buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Seraut Kata Selaut Rasa, baru sampai dari kilang. Lebih kurang 2 hari sahaja lagi!! Tunggu anda di sana!





Monday 22 April 2013

Sekitar Taklimat Akhir PBAKL

Telah berlangsung sesi taklimat akhir persediaan untuk PBAKL 2013 di surau Astana Karya, yang melibatkan editor-editor, krew-krew majalah dan buku, dan para promoter syarikat Galeri Ilmu Media Group.





Sunday 21 April 2013

Sekitar Majlis Pelancaran "Ikan Di Laut, Asam Di Darat"

Alhamdulillah, buku terbaharu "Ikan Di Laut, Asam Di Darat" karya Chef Adu Amran, Juri Masterchef telahpun disempurnakan pelancarannya oleh Datuk Zuraidah, CEO Menara KL di Megaview, Menara KL pada 21/4/2013. Tahniah kepada chef. Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC. Sila layari www.galeriilmu.com untuk maklumat tentang buku ini. credit foto: Chef Adu Amran (Official Fan Page).







Friday 19 April 2013

INGIN KUBALAS CINTAMU YA RASULALLAH

Buah tangan terbaharu daripada Ustaz Muhadir Hj Joll dalam memupuk kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.






Kompilasi Majalah - Q&A, ANIS ,ASUH

Istimewa untuk para pembaca Anis, Asuh dan QnA. Kompilasi terhad ini boleh didapati di booth Galeri Ilmu di PBAKL13 nanti. Jumpa di sana...

MAJALAH Q&A (Kompilasi dari isu Perdana hingga isu bil 12)

MAJALAH ANIS 

MAJALAH ASUH

Grup Buku Tiga Lima

Sesi perbincangan bersama wakil Grup Buku Tiga Lima, Tuan Zonan Villa, dan penulis novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh, Web Sutera, dalam rangka menemui peminat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC.




Bedah Buku 'You Are The Best' oleh Dr. Mohd Shafie Md Amin

Pada Khamis lepas, penulis buku 'You Are The Best' iaitu Dr. Mohd Md Amin telah datang ke Galeri Ilmu Media Group bagi menyampaikan serba sedikit tazkirah beliau mengenai buku terbaharu beliau.





Tuesday 16 April 2013

Asuh @ SK Bukit Beruntung 2, Rawang

Alhamdulillah, pasukan Majalah Asuh dapat bersama-sama pelajar Sek Keb Bukit Beruntung 2 hari ini. Sambutan sangat menggalakkan. Jualan barangan Asuh dan Rabbani juga laku keras! Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak sekolah. Insya-Allah, jumpa lagi pada masa akan datang, ya. Jom Jadi Baik!




Friday 12 April 2013

Usrah Nurani-'Mukmin Sebagai Yb' En. Johan dan Nora

Sekitar program Usrah Nurani, bersama Editor Eksekutif Q&A dan penyanyi Nora J dan suaminya En Johan dalam kupasan 'Mukmin sebagai Yb' dan teladan yang ditunjukkan oleh Sahabat Nabi Saidina Abu Bakar As Siddiq.





Friday 5 April 2013

Usrah Nurani- Yatt Hamzah dan Sham Kamikaze

Bersama Naqib Ustaz Zul Ramli M. Razali & ahli usrah Sham Kamikaze, Yatt Hamzah dan Norhayati Paradi membicarakan topik 'Hidup Sebagai YB'. Beginilah cara mereka berkongsi pengalaman dan usrah di konti Ikim.Fm.