Tuesday 27 November 2012

Segmen Kaki Buku - Rancangan Nasi Lemak Kopi O

Pada bulan ini, Segmen Kaki Buku bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di saluran TV9  telah memilih tiga buah buku untuk segmen ini. Antaranya Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari, Catatan Penglipur Lara Sang Majistret dan Bijak Mengurus Wang.


Dr. Zaharuddin  Abdul Rahman
Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari

Tuan Zabidi Mohamed
Catatan Penglipur Lara

Kumpulan Rabbani
Mempromosikan Jom! Hijrah

Puan Hajah Rohani
Bijak Mengurus Wang

Sunday 25 November 2012

Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor

Datang lah beramai-ramai ke Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor anjuran Sinergi Ilmu dengan kerjasama IPPJ Sdn Bhd pada 23 November hingga 02 Disember 2012 di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru....

Warga Johor dijemput hadir bagi memeriahkan Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ikon-ikon terkenal tanah air seperti Hilal Asyraf, Hafiz Hamidun, Ustaz Rohidzir Rais, Pak Latip, Chef Hanieliza, Ain Maisarah dan ramai lagi tokoh penulis...

untuk maklumat lanjut sila layari laman web  www.ekspobukuislam.com

"Kesempurnaan Ilmu Mencorak Ketinggian Pekerti"




Saturday 17 November 2012

Pelancaran Buku Eklusif Solat-Solat Sunat

Galeri Ilmu Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid al-Istiqamah, Sungai Merab Luar, kajang telah menganjurkan program Ceramah Maal Hijrah 1434h, dan pelancaran Buku Eksklusif Solat-solat Sunat tulisan Dr Udah Mohsin, Mantan Prof Madya Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

     Majlis ceramah dan pelancaran telah disempurnakan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll, Pensyarah dan Pembimbing Majlis Talaqi UIAM yang juga kolumnis Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Masjid al-Istiqamah, Sungai Merab, Kajang dipilih sebagai lokasi pelancaran memandangkan Dr Udah Mohsin merupakan pengajar di masjid itu dalam bab yang berkaitan dan pengajian buku itu juga telah dikhatamkan secara bertalaqqi pada malam tersebut. Turut hadir ialah Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan Gaeri Ilmu Sdn Bhd.




Thursday 15 November 2012

Lawatan sambil belajar -Madrasah darul Tarbiah Islamiah

Pada hari Rabu yang lepas, Galeri menerima satu lawatan sambil belajar daripada Madrasah Darul Tarbiah Islamiah dari Perak. Seramai 40 orang pelajar membuat lawatan pada hari tersebut.


Sunday 4 November 2012

Karnival Jom Santai Kids On 2 @ Menara Kuala Lumpur

Karnival Jom Santai Kids On 2 @ Menara Kuala Lumpur bukan sekadar program santai tetapi sarat dengan majlis ilmu. Antaranya penampilan istimewa Puan Suraya Daud dari SD Image yang membicara mengenai Tip Penampilan Diri dan Imej Muslimah khas untuk kaum hawa.
     "Tatarias dan penampilan diri biarlah kelihatan seperti orang akan menghormati diri kita dan tidak terlebih berhias," ujarnya yang juga Kolumnis Majalah ANIS bagi ruangan imej Muslimah.

     Jom Santai Kids On 2@ Menara Kuala Lumpur dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM , Dato' Norhayati Ismail melibatkan beberapa rakan sinergi yang lain seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Media Karangkraf dan CyberSecurity ini adalah cetusan ilham daripada Televisyen Airtime Service Sdn Bhd selaku penerbit rancangan Kids On 2 yang disiarkan di TV2 setiap hari Jumaat.

      Ia turut dimeriahkan lagi dengan adanya beberapa gerai jualan dan pameran di sekitar tapak karnival seperti Ummie Tinie Collection, Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd. Ia turut disiarkan oleh radio Ikim.FM dan KL.fm secara lintas lansung dari semasa ke semasa. 


Anda sudah dapatkan surat khabar Mingguan Malaysia bertarikh 4 November 2012? Iklan satu muka surat penuh dan senarai lengkap aktiviti JOM SANTAI kids On Two@ Menara KL yang menampilkan ikon-ikon daripda Majalah ANIS, Majalah ASUH dan Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Program ini akan berlansung pada 9hb-11haribulan November 2012. Jumpa di sana, ya!
Surat Khabar Mingguan Malaysia
Aktiviti yang dijalankan di Menara KL
Sepanjang Jom Santai@ Kids on2 berlansung di Menara KL, terdapat banyak aktiviti berlansung di sana. Berikut adalah beberapa rakaman lanser kemera kami yang sempat dirakamkan di Menara Kuala Lumpur yang lalu.
sekitar program berlansung

Thursday 1 November 2012

Lawatan dari S.R.Kebangsaan Sg. Buaya

Pada 1/11/2012, Galeri Ilmu telah menerima satu lawatan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Pusu. Dianggarkan sekitar 30 hingga 40 orang pelajar yang datang melawat ke Astana Karya termasuklah 3 orang guru sebagai pembimbing mereka ketika lawatan berlansung. Kedatangan mereka di sambut oleh Pengarah Komunikasi Koporat iaitu Puan Hajah Aliyah Sijari serta Encik Nazrin. Mereka telah di bawa ke bilik untuk sesi taklimatyang disampaikan oleh Puan Hajah Aliyah. Seterusnya, selesai taklimat yang diberi, mereka telah di bawa ke sekitar Astana Karya untuk sesi lawatan ke semua jabatan. Akhir sekali sebelum mereka pulang, kesempatan ini di ambil oleh mereka untuk membeli cenderahati sebagai tanda kenangan untuk di bawa pulang.

Kedatangan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Albanjari

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, Pengetua Pondok Pesantren Yasin, Banjarbaru, Kalimantan Selatan meluangkan masa seharian di pejabat Galeri Ilmu untuk menyemak manuskrip buku beliau yang bakal terbit, Edisi 40 Hadis Istimewa Akhir Zaman. Di kesempatan yang sama, beliau turut meluangkan masa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan.

    Beliau juga menyumbang ilmu di Maahad tarbiah Islamiah , derang, Pokok Sena, Kedah, berpesan, " Untuk menjadi insan yang tidak mempertikaikan tentang kehebatan Rasulullah, belajarlah ilmu adab kerana orang-orang tua dahulu sangat menitikberatkan kepada anak-anak mereka belajar kitab adab." Beliau turut menceritakan pengalamnnya semasa kecil, sering melihat ibunya mempelajari isi kitab Hidayatus Salikin." Kitab lama itu masih saya simpan sehingga sekarang," katanya.
Nasihatnya, " Kita perlulah mempelajari kitab seperti itab Hidayatus Salikin, Sairus Salikin, insya-Allah pegangan akidah fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah kita akan kukuh, kerana di dalam kitab-kitab ini terkandung adab-adab seharian kita mengikut amalan sunnah Nabi SAW. Hikmahnya kita terpelihara daripada terjebak dengan fahaman yang salah.

      
Tuan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Ini merupakan penulisan beliau melalui
buku 40 Hadis
Peristiwa Akhir Zaman

Rakaman Slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia TV1

Sebahagian foto yang sempat dirakam ketika sesi rakaman slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia TV1. Kali ini giliran Sted Alwi Al Alatas penulis bagi buku Mudahkan Jangan Susahkan serta Hilal Asyraf selaku penulis buku Batu Bata Kehidupan. Rakaman ini dirakam ketika Ekspo Buku Islam 5 di Kuala Lumpur Sentral.