Sunday 30 December 2012

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 

Kepada anda diluar sana, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi suasana di Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin serta Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman pada 30 Disember 2012 ini di Masjid Al-Falah, USJ9. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun 20% setiap pembelian buku ini.

 Sempena majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya telah diadakan majlis Pelancaran Kitab Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan beliau yang juga dikenalai dengan nama pena Abu Ali an-Nadwi al-Maliki. Majlis telah disempurnakan oleh Nazir Masjid Al-Falah, Dato' Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir.

     Galeri Ilmu Media Group selaku penganjur pelancaran turut menayangkan slide show kembara Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Pondok Pesantren Yasin, Banjarmasin, Kalimantan Selatan kepada kira-kira 200 orang jemaah hadir. 'Pengajian ekspress' selama empat hari empat malam itu telah di bimbing secara bertalaqqi oleh Tuan Guru Syeikh Fahmi yang juga pengasas kepada pondok tersebut.

Tuesday 25 December 2012

Kunjungan Mempererat Hubungan Silaturrahim

Pada 23hb Disember lalu, Hajah Aliyah Sijari (Pengarah Komunikasi Korporat & Penjenamaan Galeri Ilmu Media Group) telah singgah mengunjugi Tuan Syed Hassa Bin Muhammad Al-Attas (Habib Hassan), Imam Besar Masjid Ba'alawi di Singapura. ini merupakan kunjungan hormat yang dilakukan ke Masjid Ba'alawi sempena program ziarah keluarga di selatan tanah air. 

Dalam pertemuan tersebut, Hajah Aliyah telah mengadakan perbincangan khusus mengenai Program Pelancaran Majalah Q&A di Singapura yang akan diadakan pada 24 Januari 2013 bertempat di Masjid Ba'alawi sempena Maulidur Rasul 1434H.

       

       

Monday 24 December 2012

BENGKEL MASAKAN ANIS TAHAP 2

BENGKEL MASAKAN ANIS TAHAP 2 bersama CHE FAIZAL NG

Temui beliau pada 16 Februari 2013 hari Sbatu, pelbagai aktiviti menarik serta pembelajaran terkini mengenai ULI-ULI ROTI.

Sesuai untuk para wanita dan suri rumah yang ingin mempelajari jenis-jenis pastri dan buatan roti yang lain. Tidak rugi jika anda mengeluarkan sedikit wang untuk menyertai kelas ini.

Bayaran hanya RM 300.00 sahaja bagi seorang. Jangan lupa, ajak rakan-rakan anda untuk menyertainya.

Friday 21 December 2012

LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH PERDANA, KEDAH

Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti siap sedia untuk program Lantunan Mahabbah bermula hari ini, 21/12/2012 - 22/12/2012. Majalah Q&A adalah majalah rasmi. Dapatkan bahan bacaan terbaik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dengan harga istimewa. Bersama kita semarakkan cinta kepada Rasul Junjungan, Muhammad SAW.

Kuliah Dhuha, Lantunan Mahabbah 2012, bersama Syeikh Aminuddin Abdul Rahim, Ahl Majlis Fatwa Negeri Kedah 

Dapatkan bahan bacaan terbaik terbitan Galeri Ilmu di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah.


ceramah yang diadakan

Tuan Haji Cikgu Abu Hassan sedang memperlihatkan
buku 40 Hadis kepada pembeli

Wednesday 19 December 2012

Tuan Web Sutera dan Manuskrip Konstantinopel


Tuan Web Sutera hadir ke Galeri Ilmu untuk menghantar manuskrip Konstantinopel Menjulang Panji Al-Fateh kepada editor Galeri Ilmu.




Diari Seorang Diplomat :HIKMAH yang TERSIRAT


Berkongsi pengalaman bersama isteri Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, penulis buku Diari Seorang Diplomat HIKMAH yang TERSIRAT di Astana Karya, Galeri Ilmu Sdn Bhd.

*Allah telah memilih penulis untuk kembali ke rahmatullah di tanah air sendiri yang tenteram, jauh daripada segala pergolakan sungguhpun disitulah tempat beliau pernah bermastautin untuk seketika.

Ikuti bual bicara bersama Puan Nafastari mengenai buku Diari Seorang Diplomat : Hikmah Yang Tersirat (sebuah buku penghasilan Allahyarham Wan Ahmad Fadzil, suami beliau) >> Diari Seorang Diplomat
    
    

        

Wednesday 12 December 2012

Syeikh Dato' Dr. Afifi Al-Akiti

Syeikh Dato' Dr. Afifi telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyur dunia, Universiti Oxford, yang berusia 916 tahun. Beliau yang juga dikenali sebagai Syeikh Afifi, merupakan seorang ulama muda Melayu yang berkebolehan dalam pelbagai disiplin ilmu. Berasal dari Batu Gajah, Perak, Dato' Dr. Afifi kini berkhidmat sebagai Felo Pusat Pengajian Islam di Fakulti Teologi, fakulti tertua di universiti tersebut.


Mengagumkan meskipun beliau mahir dalam budaya akademik Barat sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah (DPhil) dari Universiti Oxford, beliau sebenarnya dibimbing oleh para alim ulama pondok dari Nusantara dan Timur Tengah. Beliau memiliki ijazah bersanad dalam ilmu tradisi Islam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Akidahnya beriktikad Asya'irah, fikahnya bermazhab Syafi'i dan tasawufnya beraliran Ghazzali.

Beliau mengusai tujuh bahasa. Selain berbahasa Melayu, beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, dan bahasa-bahasa klasik dunia Barat seperti Bahasa Latin dan Bahasa Yunani.

Insya-Allah Syeikh Dato' Dr. Afifi Al-Akiti akan menjadi kolumnis di dalam majalah Q&A pada edisi Febuari nanti.

Jangan lupa dapatkan majalah Q&A di kawasan berhampiran anda.





Tuesday 11 December 2012

Galeri Ilmu@ Kampung Sungai Penchala

Kumpulan Media Galeri Ilmu telah ke Kampung Sungai Penchala bagi mengendalikan program cuti sekolah. Tim GIMG bersama kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun daripada kariah Kampung Sungai Penchala.Semoga segala apa yang telah dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya, Insya-Allah.

                
Info penggunaan Facebook di kalangan kanak-kanak untuk mengelakkan
jenayah siber. Di selang-seli dengan tahsin solat
                   
Minum Pagi
                                 
Peserta perempuan juga ber"chicken dance" dengan
Buzz

Monday 10 December 2012

Majlis Pelancaran Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman di Banjarmasin

Pada 6 hingga 9 Disember 2012, Pelancaran buku 40 Hadis Akhir Zaman telah dilancarkan di Pondok Pesantren Yasin Banjarbaru, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia sempena Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin. Berikut adalah rakaman di majlis tersebut. > http://www.youtube.com/watch?v=OK6uTeCNL4A


     

     

     
   

Monday 3 December 2012

Bersama Penulis Web Sutera

Promosi buku Macedonia Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain bersama penulisnya iaitu Web Sutera di MPH Bookstore Subang Parade. Temubual tersebut dikendalikan oleh En Nasri Nasir.