Thursday 6 September 2012

Lawatan Pelajar UITM Melaka ke GISB

Pelajar UITM sempat mempromosikan
Buku Selera Dapur ANIS bersama
Puan Hajah Aliyah.
Pada hari ini, GISB telah didatangi seramai lima orang pelajar jurusan pemasaran dari UITM Melaka. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Ketua Komunikasi Korporat GISB iaitu Puan Hajah Aliyah. Sepanjang lawatan, mereka telah dibawa ke setiap jabatan dalam GISB iaitu meliputi Jabatan Pemasaran, Promosi, Jabatan Editorial Majalah dan Buku, IT dan DTP, Jabatan Layar Consult serta Jabatan Pentadbiran dan Kewangan.Tujuan lawatan ini diadakan dari UITM Melaka ialah untuk mengkaji dunia pemasaran buku-buku islamik oleh syarikat GISB. 


Beramah mesra bersama
Cikgu Abu Hassan Morad.


Sebelum pulang, mereka sempat beramah mesra bersama Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Cikgu Abu Hassan Morad di ruang pejabatnya. Selain itu, mereka sempat membawa buah tangan daripada GISB sebagai tanda perhargaan terima kasih kepada mereka atas lawatan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment