![]() |
Pn Hajah Jalilah sedang menerangkan proses majalah di rekabentuk |
Pada 19 September 2012, pihak daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat lawatan ke Galeri Ilmu Sdn Bhd . Lawatan tersebut disertai seramai 13 orang yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 3 perempuan. Lawatan tersebut dikendalikan oleh Puan Hajah Jalilah (Pengurus Majalah/ Editor Majalah QnA) dan Puan Marzhatul Shima (Editor Majalah Asuh). Manakala Puan Norhashimah Abdul Rahman (Editor Majalah Anis) tidak berada pada waktu tersebut kerana mempunyai tugas di luar pejabat.
![]() |
Puan Marzathul sedang memberi penerangan tentang pembuatan Majalah Asuh. |
Lawatan mereka ini bertujuan untuk mengenal dan mengetahui bagaimana proses buku dan majalah yang diterbitkan di sini. Selain itu, sasaran mereka adalah mempelajari cara-cara penghasilan majalah keluaran GISB.
No comments:
Post a Comment