Friday 1 February 2013

Pesta Buku 1 Malaysia

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim mengunjungi booth Galeri Ilmu Sdn Bhd selepas majlis perasmian Pesta Buku Malaysia di PWTC. Keterangan gambar: Puan Hajah Aliyah Sijari, Pengarah Komunikasi Korporat Galeri Ilmu Sdn Bhd menerangkan sesuatu berkenaan buku Diari Seorang Diplomat - Hikmah Yang Tersirat kepada YBhg Dato'.


Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Dato' Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM atas kesudian melancarkan terbitan terbaru buku-buku Galeri Ilmu di Pesta Buku 1 Malaysia, di PWTC semalam.


Ustaz Ahmad Sidqi Danial, penulis buku RAHSIA DIA SURAH, PENYERI SUBUH JUMAAT, sedang memperkatakan sesuatu kepada pengunjung di Pesta Buku 1 Malaysia semalam. Buku ini ditasheh oleh 35 ahli Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, KDN. Terima kasih diucapkan kepada yang Bhg Ustaz atas kesudian 'terbang' dari Sabah semata-mata untuk bertemu mata dengan peminat.


 


No comments:

Post a Comment