Saturday 16 February 2013

Majlis Maulid @ Galeri Ilmu Media Group

Pada 16/2/2013, GIMG telah mengadakan Majlis Maulid. Majlis ini diadakan untuk akikah bagi cucu sulung Hj Abd Halim Che Pa dan Puan Azizah Yaakub ( Pengarah Kewangan & Pentadbiran GIMG) serta keluarga Puan Hasmah Marzuki dan Cikgu Rasul ( Pengurus Sumber Manusia GIMG). Majlis ini dibuat sempena bulan Rabiul Awal di samping simbolik ucapan selamat datang 'ahli-ahli keluarga baru' (anak-anak kakitangan GIMG) dalam Acara Cukur Jambul.

Disamping meraikan tamat latihan industri bagi Cik Nurul Aisyah Kamal (KUIS) juga turut mengucapkan selamat jalan kepada Puan Nawwarah Zulkifli (Jabatan Pentadbiran) yang akan menamatkan tugasnya dengan GIMG akhir Februari 2013.

Selain itu, mengucapkan selamat ulangtahun  kelahiran kepada semua kakitangan GIMG yang lahir pada November 2012, Disember 2012, Januari 2013 dan Februari 2013.





No comments:

Post a Comment