Wednesday 12 December 2012

Syeikh Dato' Dr. Afifi Al-Akiti

Syeikh Dato' Dr. Afifi telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyur dunia, Universiti Oxford, yang berusia 916 tahun. Beliau yang juga dikenali sebagai Syeikh Afifi, merupakan seorang ulama muda Melayu yang berkebolehan dalam pelbagai disiplin ilmu. Berasal dari Batu Gajah, Perak, Dato' Dr. Afifi kini berkhidmat sebagai Felo Pusat Pengajian Islam di Fakulti Teologi, fakulti tertua di universiti tersebut.


Mengagumkan meskipun beliau mahir dalam budaya akademik Barat sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah (DPhil) dari Universiti Oxford, beliau sebenarnya dibimbing oleh para alim ulama pondok dari Nusantara dan Timur Tengah. Beliau memiliki ijazah bersanad dalam ilmu tradisi Islam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Akidahnya beriktikad Asya'irah, fikahnya bermazhab Syafi'i dan tasawufnya beraliran Ghazzali.

Beliau mengusai tujuh bahasa. Selain berbahasa Melayu, beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, dan bahasa-bahasa klasik dunia Barat seperti Bahasa Latin dan Bahasa Yunani.

Insya-Allah Syeikh Dato' Dr. Afifi Al-Akiti akan menjadi kolumnis di dalam majalah Q&A pada edisi Febuari nanti.

Jangan lupa dapatkan majalah Q&A di kawasan berhampiran anda.





No comments:

Post a Comment