Sunday 30 December 2012

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 

Kepada anda diluar sana, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi suasana di Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin serta Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman pada 30 Disember 2012 ini di Masjid Al-Falah, USJ9. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun 20% setiap pembelian buku ini.

 Sempena majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya telah diadakan majlis Pelancaran Kitab Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan beliau yang juga dikenalai dengan nama pena Abu Ali an-Nadwi al-Maliki. Majlis telah disempurnakan oleh Nazir Masjid Al-Falah, Dato' Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir.

     Galeri Ilmu Media Group selaku penganjur pelancaran turut menayangkan slide show kembara Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Pondok Pesantren Yasin, Banjarmasin, Kalimantan Selatan kepada kira-kira 200 orang jemaah hadir. 'Pengajian ekspress' selama empat hari empat malam itu telah di bimbing secara bertalaqqi oleh Tuan Guru Syeikh Fahmi yang juga pengasas kepada pondok tersebut.

No comments:

Post a Comment