Thursday 1 November 2012

Kedatangan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Albanjari

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, Pengetua Pondok Pesantren Yasin, Banjarbaru, Kalimantan Selatan meluangkan masa seharian di pejabat Galeri Ilmu untuk menyemak manuskrip buku beliau yang bakal terbit, Edisi 40 Hadis Istimewa Akhir Zaman. Di kesempatan yang sama, beliau turut meluangkan masa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan.

    Beliau juga menyumbang ilmu di Maahad tarbiah Islamiah , derang, Pokok Sena, Kedah, berpesan, " Untuk menjadi insan yang tidak mempertikaikan tentang kehebatan Rasulullah, belajarlah ilmu adab kerana orang-orang tua dahulu sangat menitikberatkan kepada anak-anak mereka belajar kitab adab." Beliau turut menceritakan pengalamnnya semasa kecil, sering melihat ibunya mempelajari isi kitab Hidayatus Salikin." Kitab lama itu masih saya simpan sehingga sekarang," katanya.
Nasihatnya, " Kita perlulah mempelajari kitab seperti itab Hidayatus Salikin, Sairus Salikin, insya-Allah pegangan akidah fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah kita akan kukuh, kerana di dalam kitab-kitab ini terkandung adab-adab seharian kita mengikut amalan sunnah Nabi SAW. Hikmahnya kita terpelihara daripada terjebak dengan fahaman yang salah.

      
Tuan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Ini merupakan penulisan beliau melalui
buku 40 Hadis
Peristiwa Akhir Zaman

1 comment:

  1. salam.
    mohon lebenaran menggunakan gambar syeikh fahmi untuk tujuan komersial.

    terima kasih.

    ReplyDelete