Sunday 4 November 2012

Karnival Jom Santai Kids On 2 @ Menara Kuala Lumpur

Karnival Jom Santai Kids On 2 @ Menara Kuala Lumpur bukan sekadar program santai tetapi sarat dengan majlis ilmu. Antaranya penampilan istimewa Puan Suraya Daud dari SD Image yang membicara mengenai Tip Penampilan Diri dan Imej Muslimah khas untuk kaum hawa.
     "Tatarias dan penampilan diri biarlah kelihatan seperti orang akan menghormati diri kita dan tidak terlebih berhias," ujarnya yang juga Kolumnis Majalah ANIS bagi ruangan imej Muslimah.

     Jom Santai Kids On 2@ Menara Kuala Lumpur dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM , Dato' Norhayati Ismail melibatkan beberapa rakan sinergi yang lain seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Media Karangkraf dan CyberSecurity ini adalah cetusan ilham daripada Televisyen Airtime Service Sdn Bhd selaku penerbit rancangan Kids On 2 yang disiarkan di TV2 setiap hari Jumaat.

      Ia turut dimeriahkan lagi dengan adanya beberapa gerai jualan dan pameran di sekitar tapak karnival seperti Ummie Tinie Collection, Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd. Ia turut disiarkan oleh radio Ikim.FM dan KL.fm secara lintas lansung dari semasa ke semasa. 


Anda sudah dapatkan surat khabar Mingguan Malaysia bertarikh 4 November 2012? Iklan satu muka surat penuh dan senarai lengkap aktiviti JOM SANTAI kids On Two@ Menara KL yang menampilkan ikon-ikon daripda Majalah ANIS, Majalah ASUH dan Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Program ini akan berlansung pada 9hb-11haribulan November 2012. Jumpa di sana, ya!
Surat Khabar Mingguan Malaysia
Aktiviti yang dijalankan di Menara KL
Sepanjang Jom Santai@ Kids on2 berlansung di Menara KL, terdapat banyak aktiviti berlansung di sana. Berikut adalah beberapa rakaman lanser kemera kami yang sempat dirakamkan di Menara Kuala Lumpur yang lalu.
sekitar program berlansung

No comments:

Post a Comment