Monday 22 October 2012

Undangan Istimewa - Habib Syech Abdul Qadir & Kumpulan InTeam

Pada 22 Oktober 2012 semalam, Galeri Ilmu Sdn Bhd telah menerima undangan istimewa iaitu Habib Syech Abdul Qadir dan Kumpulan InTeam dari Indonesia. Kehadiran mereka sangat di alu-alukan oleh staff GISB Tazkirah yang mendalam hanya mengambil masa 30 minit berkesan di hati masing-masing ketika mendengar tazkirah beliau. Antara tazkirahnya adalah mengenai kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW mestilah dipupuk semenjak usia masih kecil. Semua kebaikan yang kita lakukan, sandarannya kerana kita mencintai Rasulullah SAW. 
Beberapa gambar sempat di rakam oleh lanser kamera kami.

Terkenal dengan lagu Qasidah Ya Hanana...Kumpulan Inteam serta Al-Habib Syech telah mengalunkan lagu tersebut. Sebelum ini kita hanya mendengar lagu melalui saluran media sahaja, namun staff GISB berpeluang berdepan dengan mereka melakukan persembahan. Alhamdulilah...bergemalah alunan Qasidah Ya Hanana di Astana Karya semalam.

Berikut adalah rakaman yang di buat di Astana Karya, Galeri Ilmu Sdn Bhd :-

No comments:

Post a Comment