Wednesday 17 October 2012

Lawatan daripada IKBN Seri Iskandar Perak.

Pada hari Selasa lepas, GISB telah menerima tetamu daripada Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak ( IKBNSI). Secara umumnya, institut ini menjalankan  aktiviti latihan kemahiran dalam bidang eletronik dengan dua jurusan iaitu Elektronik industri dan Elektronik Audio Visual. Bagi kesempatan lawatan ini, pihak IKBN mengambil peluang untuk meninjau di Jabatan Khidmat Media dan IT. Selain itu, tujuan mereka datang adalah bagi mementeraikan satu usahasama latihan industri Bidang Teknologi Elektronik Industri, teknologi Elektronik Audio Visual, Multimedia Pengarangan dan Rangkaian Komputer antara IKBN dengan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Insya-Allah akan ramailah pelatih institut ini yang akan mendapat manfaatnya.                        
Termeterailah satu usahasama IKBN dengan GISB
dalam bidang media dan eletronik

No comments:

Post a Comment