Tuesday 8 January 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIM 2012

Karnival Mahabbah IKIM.fm @ Masjid Asy-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) berlansung dengan penuh gemilang. Karnival ini diadakan pada 31 Disember 2013 hingga 1 Januari 2013. Selain itu, terdapat forum Bicara Adden tajaan majalah Q&A sempena Karnival Mahabbah IKIM.fm . Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, Kolumnis Q&A berpadu dengan Y.Bhg Datuk Nik Mustapha, Ketua Pengarah Istitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengisi program tersebut yang membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.


Karnival Mahabbah ini telah bermula dari awal pagi hingga kahir tahun 2012 hinggalah ke subuh tahun baru Masehi (2013). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda dalam menyambut tahun baru mengikut landasan agama Islam. Karnival telah diserikan dengan pelbagai acara , termasuklah Konsert Mahabbah IKIM.FM menjadi acara kemuncak dengan dirasmikan oleh YBH. Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).




Setup booth Galeri Ilmu untuk Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin KLCC yang bermula hari ini.



Sedang berlansung di Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin KLCC, segmen rakaman Duniaku Buku bersama Ustazah Fatimah Syarha mengupas novel Cinta High Class. Moderator : DJ Syafiq

Pertandingan mewarna bersama Majalh Asuh dan Nisa' Wilayah sedang berlansung di Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin.


No comments:

Post a Comment