Thursday, 7 March 2013

Pemergian Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali

Perginya seorang hamba Allah yang pernah berbakti kepada syarikat ini iaitu Ustaz Rujhan M.Razali. Beliau merupakan adik kepada Ustaz Zul Ramli Hj M.Razali ( Editor Eksekutif Majalah Q&A) telah menemui pencipta-Nya pada pagi tadi. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Rujhan. Pemergiannya amat dirasai. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham merupakan sebahagian kolumnis Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sebagai seorang Ustaz dan motivator, ini kata-kaat hikmah yang pernah beliau kongsikan kepada pendengarnya.

" Kalau tak dapat yang kita suka, 
  Sukalah apa yang kita dapat "
" Jangan sedih jika diri tidak dihargai, 
  Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi "

" Hidup ini terlalu singkat, 
  Ia menjadi bertambah singkat.
  Bila kita banyak membuang masa"

" Hidup ini terlalu singkat. 
  Malang jika kita penuhkan 
  Dengan sengekta dan airmata"

" Hidup tidak selalu indah, 
  Kerana disitu terletak 
  Indahnya kehidupan"



Marilah sama-sama kita tatapi dan hayati buah tangan terakhir Allahyarham kepada kita dalam majalah Q&A April 2013, ruangan Kata & Makna; " Kejayaan adalah kegagalan yang diterbalikkan", dan Majalah Q&A isu 16, ruangan Terapi Hati: "Mengurus Masa"- seorang mukmin itu ialah mereka yang agenda hidupnya sangat bermakna. Setiap detik akan dimanfaatkan untuk kebaikan..

Moga-moga kita mendapat manfaat daripada pesanan terakhirnya ini dan amal jariah Allahyarham ini akan berkekalan selama-lamanya dan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik alasan.








No comments:

Post a Comment