Saturday 29 June 2013

Being-Me @ PICC

Alhamdulillah, program Being-Me anjuran Mercy Mission Malaysia berjaya diadakan dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majalah Anis adalah majalah rasmi untuk program ini. Terima kasih kepada semua peserta dan tahniah kepada penganjur.





Thursday 27 June 2013

Program Motivasi UPSR Bersama ASUH

Kakitangan Galeri Ilmu mengadakan program motivasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Damansara 1, Petaling Jaya, Selangor bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd.






Wednesday 26 June 2013

Ekspo Buku Islam 7, Seremban Negeri Sembilan

Berita baik bagi penduduk di Seremban, bagi yang tidak berkesempatan datang ke PBAKL 2013 yang lepas, anda berpeluang menemui gerai jualan kami di Terminal 1, Shopping Centre, Seremban. Pelbagai produk terbitan Galeri Ilmu dijual di sana.




Promosi Semarak Ramadan - Dapatkan Sekarang!!



Tuesday 25 June 2013

Bengkel Penulisan Novel Islami Bersama Hilal Asyraf

Sedang berjalan sesi pembentangan karya daripada 15 peserta Bengkel Intensif Realiti Novel Islami anjuran bersama LangitIlahi Consultancy dan Galeri Ilmu Media Grup.

Bengkel ini berjalan selama 2 hari 1 malam semenjak 22hb Jun 2013 di Hotel De Palma Shah Alam.

Selain mempunyai banyak slot yang dikendalikan oleh penulis berpengalaman seperti Ustaz Hasrizal, Ummu Hani, Abu Hassan Morad, Zakaria Sungib, Wan Zayu dan Hilal Asyraf sendiri, bengkel ini juga memberikan peluang peserta-peserta membentangkan karya mereka di hadapan para editor Syarikat Galeri Ilmu Media Grup.

Jika pembentangan peserta memenuhi citarasa editor, di hujung bengkel ini para peserta akan mendapat surat tawaran untuk menjadi penulis novel di bawah Syarikat Galeri Ilmu.

Sekiranya tidak berjaya, mereka akan diberitahu apa yang mereka perlu perbaiki lagi.

Bengkel ini berharga RM750 termasuk penginapan di Hotel De Palma Shah Alam dan makan minum disediakan di hotel juga. Special rate untuk alumni bengkel bersama Hilal Asyraf di seluruh Malaysia sebelum ini - RM500 

InsyaAllah kami akan anjurkan lagi untuk fasa ke-2 tahun ini dimulakan dengan Road Tour Bengkel Introduction Ke Alam Penulisan bersama Hilal Asyraf di empat zon - Wilayah Tengah, Utara, Pantai Timur dan Selatan.





Monday 24 June 2013

SALAM MUSLIM

Saksikan SALAM MUSLIM di ASTRO OASIS saluran 106 yang dihostkan oleh Pierre Andre sendiri yang mengupas serta merungkai isu agama, sosial budaya dan ekonomi dari perspektif Islam. Bakal memaparkan lensa dunia Islam daripada perspektif dan topik mingguan yang menarik buat santapan minda penonton semua.

Nantikan pada jam 7.30 MALAM di saluran 106.


Lawatan Pelajar SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor

Seramai kira-kira 40 pelajar daripada SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor melakukan lawatan sambil belajar di syarikat Galeri Ilmu.






Friday 21 June 2013

Being Me - Muslimah Empowered

'BEING ME' Konvensyen Untuk Wanita yang akan berlangsung pada 29 Jun 2013.

Bersama penganjur MERCY Mission, rakan media TV Alhijrah, dan majalah rasmi Majalah Anis.

Hari yang penuh inspirasi, pengisian minda, seminar interaktif, sudut wanita, bazaar, pertunjukan fesyen Muslimah, dan banyak lagi.

Sila hubungi 017-331 6471. Jangan lepaskan peluang untuk hadir!