Tuesday, 25 June 2013

Bengkel Penulisan Novel Islami Bersama Hilal Asyraf

Sedang berjalan sesi pembentangan karya daripada 15 peserta Bengkel Intensif Realiti Novel Islami anjuran bersama LangitIlahi Consultancy dan Galeri Ilmu Media Grup.

Bengkel ini berjalan selama 2 hari 1 malam semenjak 22hb Jun 2013 di Hotel De Palma Shah Alam.

Selain mempunyai banyak slot yang dikendalikan oleh penulis berpengalaman seperti Ustaz Hasrizal, Ummu Hani, Abu Hassan Morad, Zakaria Sungib, Wan Zayu dan Hilal Asyraf sendiri, bengkel ini juga memberikan peluang peserta-peserta membentangkan karya mereka di hadapan para editor Syarikat Galeri Ilmu Media Grup.

Jika pembentangan peserta memenuhi citarasa editor, di hujung bengkel ini para peserta akan mendapat surat tawaran untuk menjadi penulis novel di bawah Syarikat Galeri Ilmu.

Sekiranya tidak berjaya, mereka akan diberitahu apa yang mereka perlu perbaiki lagi.

Bengkel ini berharga RM750 termasuk penginapan di Hotel De Palma Shah Alam dan makan minum disediakan di hotel juga. Special rate untuk alumni bengkel bersama Hilal Asyraf di seluruh Malaysia sebelum ini - RM500 

InsyaAllah kami akan anjurkan lagi untuk fasa ke-2 tahun ini dimulakan dengan Road Tour Bengkel Introduction Ke Alam Penulisan bersama Hilal Asyraf di empat zon - Wilayah Tengah, Utara, Pantai Timur dan Selatan.





Monday, 24 June 2013

SALAM MUSLIM

Saksikan SALAM MUSLIM di ASTRO OASIS saluran 106 yang dihostkan oleh Pierre Andre sendiri yang mengupas serta merungkai isu agama, sosial budaya dan ekonomi dari perspektif Islam. Bakal memaparkan lensa dunia Islam daripada perspektif dan topik mingguan yang menarik buat santapan minda penonton semua.

Nantikan pada jam 7.30 MALAM di saluran 106.


Lawatan Pelajar SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor

Seramai kira-kira 40 pelajar daripada SMK Dato' Mustaffa Sekinchan Selangor melakukan lawatan sambil belajar di syarikat Galeri Ilmu.






Friday, 21 June 2013

Being Me - Muslimah Empowered

'BEING ME' Konvensyen Untuk Wanita yang akan berlangsung pada 29 Jun 2013.

Bersama penganjur MERCY Mission, rakan media TV Alhijrah, dan majalah rasmi Majalah Anis.

Hari yang penuh inspirasi, pengisian minda, seminar interaktif, sudut wanita, bazaar, pertunjukan fesyen Muslimah, dan banyak lagi.

Sila hubungi 017-331 6471. Jangan lepaskan peluang untuk hadir!



Monday, 27 May 2013

Bengkel Penulisan Novel Islami

        Sertai Bengkel Penulisan Islami bersama Hilal Asyraf. Tempat adalah terhad!



(Sila klik pada iklan di atas untuk paparan yang lebih besar)

Saturday, 18 May 2013

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013

Sempena Sambutan Hari Guru pada bulan Mei ini, Sambutan hari guru Peringkat Kebangsaan 2013 telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Tertutup Nilai, negeri Sembilan. Seusai majlis, beliau dibawa ke ruang pameran dan diberi penerangan ringkas mengenai Katalog 50 Karya Terbaik Guru 2013. Lima judul terbitan Galeri Ilmu termasuk di dalam 50 karya itu. Lima judul itu adalah :

1. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad
2. Cikgu, Anak Saya Okey? - Wan Zayuhisham Wan Yusoff
3. Diari Aneesa 2 - Norehan M.Nooh
4. Tariq United - Khairy Tajuddin
5. Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah