Monday, 27 May 2013

Bengkel Penulisan Novel Islami

        Sertai Bengkel Penulisan Islami bersama Hilal Asyraf. Tempat adalah terhad!



(Sila klik pada iklan di atas untuk paparan yang lebih besar)

Saturday, 18 May 2013

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013

Sempena Sambutan Hari Guru pada bulan Mei ini, Sambutan hari guru Peringkat Kebangsaan 2013 telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Tertutup Nilai, negeri Sembilan. Seusai majlis, beliau dibawa ke ruang pameran dan diberi penerangan ringkas mengenai Katalog 50 Karya Terbaik Guru 2013. Lima judul terbitan Galeri Ilmu termasuk di dalam 50 karya itu. Lima judul itu adalah :

1. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad
2. Cikgu, Anak Saya Okey? - Wan Zayuhisham Wan Yusoff
3. Diari Aneesa 2 - Norehan M.Nooh
4. Tariq United - Khairy Tajuddin
5. Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah


Tuesday, 7 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 -PBAKL 2013

Selama 9 hari, Galeri Ilmu Sdn Bhd telah berkampung di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013) pada 26 April hingga 4 Mei 2013. Pelbagai ragam dan gelagat pembeli serta staf Galeri Ilmu sempat dirakam lensa kamera kami. 




Wednesday, 24 April 2013

Sesi Sanggar Penulis

Bersama penulis buku 'Umrah Super A', Tuan Hj. Zainal Hj. Bujang. Anda inginkan kesempurnaan dalam perlaksanaan ibadah Umrah? Dapatkan segera buku ini di PBAKL 2013. Kurang lebih 2 hari lagi. Jom ramai-ramai ke gerai Galeri Ilmu Media Group di Dewan Tun Hussein Onn. Tunggu anda di sana!!



Sekitar Persediaan Akhir ke PBAKL 2013

Panas! Panas! Bahangnya makin terasa! Buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Erti Hidup pada Memberi, dan buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Seraut Kata Selaut Rasa, baru sampai dari kilang. Lebih kurang 2 hari sahaja lagi!! Tunggu anda di sana!





Monday, 22 April 2013

Sekitar Taklimat Akhir PBAKL

Telah berlangsung sesi taklimat akhir persediaan untuk PBAKL 2013 di surau Astana Karya, yang melibatkan editor-editor, krew-krew majalah dan buku, dan para promoter syarikat Galeri Ilmu Media Group.





Sunday, 21 April 2013

Sekitar Majlis Pelancaran "Ikan Di Laut, Asam Di Darat"

Alhamdulillah, buku terbaharu "Ikan Di Laut, Asam Di Darat" karya Chef Adu Amran, Juri Masterchef telahpun disempurnakan pelancarannya oleh Datuk Zuraidah, CEO Menara KL di Megaview, Menara KL pada 21/4/2013. Tahniah kepada chef. Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC. Sila layari www.galeriilmu.com untuk maklumat tentang buku ini. credit foto: Chef Adu Amran (Official Fan Page).