Sunday, 3 March 2013

Pemergian Allahyarham Zul Hussain

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Zul Hussain. Pemergiannya amat dirasai. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham seorang sahabat yang baik dan tidak penah meninggi suara dan suka meraikan sahabat. Allahyarham juga pernah berkhidmat di Galeri Ilmu sebagai wartawan sebaik menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan pernah membantu merekabentuk laman web awal Galeri Ilmu, semasa berkhidmat di MIMOS dahlulu.

http://www.facebook.com/zulhusain/photos


Saturday, 2 March 2013

Majlis Perpisahan Staf GIMG - Puan Wawa

Setelah hampir 5 tahun berkhidmat, akhirnya salah seorang staf di Jabatan Pentadbiran dan Perakaunan iaitu Puan Wawa telah menamatkan perkhidmatannya di syarikat ini. Terima kasih atas usaha dan khidmat beliau ke atas GIMG.









Wednesday, 27 February 2013

Bengkel Masakan Si Cilik ASUH

Adakah anda menginginkan anak-anak anda menyediakan sarapan pagi sendiri mereka? Apa kata, sertai kami sekarang. Pelbagai menu menarik akan dipelajari oleh anak-anak anda semua. 


Tuesday, 26 February 2013

Lawatan Penyelidikan & Penerbitan Majalah ANIS

 Pada hari ini, GIMG menerima lawatan sekumpulan pelajar daripada Fakulti Media dan Komunikasi (UITM ALOR GAJAH, MELAKA). Lawatan ini merangkumi penyelidikan dalam penerbitan Majalah ANIS di GIMG.


Sunday, 24 February 2013

Telemovie - Menggengam Janji Slot Skrin di 9

Nantikan telemovie terbaru iaitu Menggengam Janji terbitan Lalayr Consult Sdn Bhd pada 13 Mac 2013 (Rabu) ini jam 8.30 malam di Slot Skrin di 9 (TV9).

Tontoni lakonan Fouziah Gous, Zamarul Hisham, Khayrisyah Kemal dan Janicezelynn dalam Menggengam Janji.


Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Aqil Story

Sabtu lalu pada 23 Februari 2013, bersama pihak Pengurusan Aqil Story di Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Aqil Story. Insya-Allah, Majalah Asuh akan bekerjsama dengan rancangan animasi kanak-kanak Tv Alhijrah ini. 


Ustaz Amaluddin yang merupakan penasihat Agama
Aqil Story, juga merupakan kolumnis Majalah Asuh memimpin
bacaan doa di permulaan majlis.
Team Majalah Asuh di Majlis Penyampaian Hadiah
dan Penjenamaan Aqil Story

Wednesday, 20 February 2013

Kunjungan Syeikh Ahmad Dabbagh di GIMG

Mendampingi para ulama seperti berada bersama-sama pewaris Nabi SAW.

Pada hari Selasa lepas, Astana Karya GIMG telah menerima kunjungan daripada Muhammadiyah House of Wisdom, United Kingdom iaitu Syeikh Ahmad Dabbagh bersama 3 tetamu yang lain. Berkat Q&A menemukan warga Galeri Ilmu Media Group (GIMG) dengan ulama-ulama tersohor dunia. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati perjuangan ini. 

Cikgu Abu Hassan Morad ( Pengarah Urusan/Ketua Pengarang Kumpulan GIMG)-kiri
sempat bergambar bersama Syeikh Ahmad Dabbagh (kanan) untuk dijadikan kenangan.

Suasana kedatangan Syeikh Ahmad Dabbagh di GIMG.



Staff GIMG sempat bergambar dengan beliau sebelum
pulang.

Syeikh Ahmad Dabbagh sedang memberi  kuliahnya.

Puan Hajah Aliyah Sijari ( Pengarah Komunikasi Korporat & Penjenamaan)
dan Cikgu Abu Hassan Morad (Pengarah Urusan) sedang memerhatikan
Syeikh Ahmad Dabbagh membuat autograf beliau di buku tersebut.