Thursday, 7 March 2013

Slot Bicara Buku di Segmen Mesra Bersama ANIS

Pada Khamis lalu, Segmen Mesra Bersama Anis di IKIM.FM telah memenuhi Slot Bicara Buku bersama penulis Bersyukur Kerana-Nya iaitu Tuan Syed Alwi Alatas.





Wednesday, 6 March 2013

Di Mana Bumi Dipijak sudah boleh 'mengembara'.

Karya ke-35 oleh Tuan Hj Cikgu Abu Hassan iaitu Di Mana Bumi Dipijak telah berada di pasaran sekarang. Buku ini merupakan buah tangan hasil perjalanan penulis menyulusuri bebrapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. Penulis juga memberi gambaran sebenar mengenai kehidupan masyarakat islam yang majoritinya dikelilingi masyarakat bukan Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mampu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

Saat mula buku sampai di tangan. Gembira disulami syukur.






Kepada anda di luar sana, jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran sekarang juga atau sila layari laman sesawang kami di www.galeriilmu.com.

Sunday, 3 March 2013

Pemergian Allahyarham Zul Hussain

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Zul Hussain. Pemergiannya amat dirasai. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham seorang sahabat yang baik dan tidak penah meninggi suara dan suka meraikan sahabat. Allahyarham juga pernah berkhidmat di Galeri Ilmu sebagai wartawan sebaik menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan pernah membantu merekabentuk laman web awal Galeri Ilmu, semasa berkhidmat di MIMOS dahlulu.

http://www.facebook.com/zulhusain/photos


Saturday, 2 March 2013

Majlis Perpisahan Staf GIMG - Puan Wawa

Setelah hampir 5 tahun berkhidmat, akhirnya salah seorang staf di Jabatan Pentadbiran dan Perakaunan iaitu Puan Wawa telah menamatkan perkhidmatannya di syarikat ini. Terima kasih atas usaha dan khidmat beliau ke atas GIMG.









Wednesday, 27 February 2013

Bengkel Masakan Si Cilik ASUH

Adakah anda menginginkan anak-anak anda menyediakan sarapan pagi sendiri mereka? Apa kata, sertai kami sekarang. Pelbagai menu menarik akan dipelajari oleh anak-anak anda semua. 


Tuesday, 26 February 2013

Lawatan Penyelidikan & Penerbitan Majalah ANIS

 Pada hari ini, GIMG menerima lawatan sekumpulan pelajar daripada Fakulti Media dan Komunikasi (UITM ALOR GAJAH, MELAKA). Lawatan ini merangkumi penyelidikan dalam penerbitan Majalah ANIS di GIMG.


Sunday, 24 February 2013

Telemovie - Menggengam Janji Slot Skrin di 9

Nantikan telemovie terbaru iaitu Menggengam Janji terbitan Lalayr Consult Sdn Bhd pada 13 Mac 2013 (Rabu) ini jam 8.30 malam di Slot Skrin di 9 (TV9).

Tontoni lakonan Fouziah Gous, Zamarul Hisham, Khayrisyah Kemal dan Janicezelynn dalam Menggengam Janji.