Sunday, 24 February 2013

Telemovie - Menggengam Janji Slot Skrin di 9

Nantikan telemovie terbaru iaitu Menggengam Janji terbitan Lalayr Consult Sdn Bhd pada 13 Mac 2013 (Rabu) ini jam 8.30 malam di Slot Skrin di 9 (TV9).

Tontoni lakonan Fouziah Gous, Zamarul Hisham, Khayrisyah Kemal dan Janicezelynn dalam Menggengam Janji.


Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Aqil Story

Sabtu lalu pada 23 Februari 2013, bersama pihak Pengurusan Aqil Story di Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Aqil Story. Insya-Allah, Majalah Asuh akan bekerjsama dengan rancangan animasi kanak-kanak Tv Alhijrah ini. 


Ustaz Amaluddin yang merupakan penasihat Agama
Aqil Story, juga merupakan kolumnis Majalah Asuh memimpin
bacaan doa di permulaan majlis.
Team Majalah Asuh di Majlis Penyampaian Hadiah
dan Penjenamaan Aqil Story

Wednesday, 20 February 2013

Kunjungan Syeikh Ahmad Dabbagh di GIMG

Mendampingi para ulama seperti berada bersama-sama pewaris Nabi SAW.

Pada hari Selasa lepas, Astana Karya GIMG telah menerima kunjungan daripada Muhammadiyah House of Wisdom, United Kingdom iaitu Syeikh Ahmad Dabbagh bersama 3 tetamu yang lain. Berkat Q&A menemukan warga Galeri Ilmu Media Group (GIMG) dengan ulama-ulama tersohor dunia. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati perjuangan ini. 

Cikgu Abu Hassan Morad ( Pengarah Urusan/Ketua Pengarang Kumpulan GIMG)-kiri
sempat bergambar bersama Syeikh Ahmad Dabbagh (kanan) untuk dijadikan kenangan.

Suasana kedatangan Syeikh Ahmad Dabbagh di GIMG.



Staff GIMG sempat bergambar dengan beliau sebelum
pulang.

Syeikh Ahmad Dabbagh sedang memberi  kuliahnya.

Puan Hajah Aliyah Sijari ( Pengarah Komunikasi Korporat & Penjenamaan)
dan Cikgu Abu Hassan Morad (Pengarah Urusan) sedang memerhatikan
Syeikh Ahmad Dabbagh membuat autograf beliau di buku tersebut.



QASEH ANIS - Makanan Tambahan Untuk Seisi Keluarga






Sunday, 17 February 2013

Bengkel Masakan Anis - (Uli-Uli Roti Tahap 2)

Pada Sabtu yang lalu ( 16.2.2013), Bengkel Masakan Anis ( Uli-uli Roti Tahap 2) telah diadakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Program ini dikendalikan oleh CHEF FAIZAL NG (CFN).






Saturday, 16 February 2013

Majlis Maulid @ Galeri Ilmu Media Group

Pada 16/2/2013, GIMG telah mengadakan Majlis Maulid. Majlis ini diadakan untuk akikah bagi cucu sulung Hj Abd Halim Che Pa dan Puan Azizah Yaakub ( Pengarah Kewangan & Pentadbiran GIMG) serta keluarga Puan Hasmah Marzuki dan Cikgu Rasul ( Pengurus Sumber Manusia GIMG). Majlis ini dibuat sempena bulan Rabiul Awal di samping simbolik ucapan selamat datang 'ahli-ahli keluarga baru' (anak-anak kakitangan GIMG) dalam Acara Cukur Jambul.

Disamping meraikan tamat latihan industri bagi Cik Nurul Aisyah Kamal (KUIS) juga turut mengucapkan selamat jalan kepada Puan Nawwarah Zulkifli (Jabatan Pentadbiran) yang akan menamatkan tugasnya dengan GIMG akhir Februari 2013.

Selain itu, mengucapkan selamat ulangtahun  kelahiran kepada semua kakitangan GIMG yang lahir pada November 2012, Disember 2012, Januari 2013 dan Februari 2013.





Friday, 8 February 2013

Ustaz Muhadir Haji Joll di Galeri Ilmu

Pada sebelah petang semalam, kuliah petang bersama Ustaz Muhadir haji Joll diadakan di tertaak surau Galeri Ilmu. Bersama staf Galeri Ilmu, beliau menyampaikan kuliah berkenaan  yang bertajuk ' Kesempurnaan Rasulullah SAW'. Kuliah tersebut diadakan setiap Minggu 1 dan  Minggu ke-4 hari Khamis. Bermula pada 4.00 petang hingga 5.00 petang. 

En Yusof, Ustaz Hj Zakaria, Ustaz Muhadir Hj Joll dan Puan Aliyah


Staf GIMG sedang mendengar kuliah 

Ustaz Muhadir Haji Joll sedang memberi kuliah