Wednesday, 6 February 2013

MESRA BERSAMA ANIS di IKIM.FM

Jangan lupa bersama kami dalam slot MESRA BERSAMA ANIS di IKIM.FM pada jam 7/2/2013 jam 6.15 petang. Rancangan kali ini akan mengupas info mengenai buku terbitan GIMG iaitu Diari Seorang Diplomat : Hikmah Yang tersirat. Sebuah karya Allahyarham Wan  Ahad Fadzil Wan Mohd.

Slot hari in bersama penulis iaitu Puan Aini Nurbaya Abdul Rashid. Semoga memberi iktibar dan motivasi buat kita semua.

Beliau sedang membicarakan buku arwah suami beliau
di IKIM FM

Monday, 4 February 2013

BICARAWARA Q&A 9 FEBRUARI 2013

Assalammualaikum...anda semua dijemput ke program BICARAWARA Q&A bersama Ustaz Amir Hamzah (Moderator), Ustaz Shamsul Mohd Nor (Kolumnis Majalah Q&A) dan Prof. Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Kolumnis Majalah Q&A dan Pensyarah UTM) di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway mengupas topik berjudul " APA ITU AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH" pada 9 Februari 2013 Sabtu ini jam 8.00 malam.


ULI-ULI ROTI Bersama CHEF FAIZAL NG

Adakah anda ingin menambah kemahiran memasak? Mempelajari sesuatu yang baru dalam masakan anda? Bosan dengan gaya masakan biasa anda? Ingin menambat 'selera' orang kesayangan anda?

Apa kata, bagi wanita dan lelaki di luar sana, luangkan masa anda bersama CHEF FAIZAL NG di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam dengan mempelajari pembuatan pelbagai jenis roti. 



Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam ketika bengkel uli-uli roti tahap 1 berjalan.



 




Sunday, 3 February 2013

BICARAWARA Q&A

Alhamdulilah selesai sudah BICARAWARA Q&A malam tadi bertajuk : " Apakah Ada Bida'ah Yang Baik?" anjuran bersama Galeri Ilmu dan Majid Al-Falah USJ. Majlis menampilkan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll (Pensyraha UIA ,Kolumnis Q&A) dan Ustaz Zul Ramli Hj Razali (Editor Eksekutif Q&A) . Terima kasih juga diucapka kepada penaja utama iaitu Lembaga Zakat Selangor.

Jika ada mana-mana masjid yang ingin menjadikan penganjur bersama majlis BICARAWARA Q&A di tempat masing-masing, boleh hubungi kami di talian 03-6142 1614 (tertakluk kepada persetujuan bersama). Kami juga mengalu-alukan kepada mana-mana syarikat , badan korporat atau individu untuk menjadi Penaja Utama setiap majlis.


Saturday, 2 February 2013

Penulis di KOSMO

Dua orang penulis daripada Kumpulan Media Galeri Ilmu iaitu Puan Nor Hayati dan Encik Mohd Khairi Tajudin telah ditemuramah oleh wartawan KOSMO! bagi memuatkan rencana beliau dalam kategori GALERIBUKU. Antara buku yang hasil daripada penulisan kedua-dua penulis di atas adalah Memilih Untuk Bahagia, Lomy dan Tompok, Tariq United, Budak Komik dan pelbagai lagi. Taniah ke atas kedua-dua penulis.
Puan Norhayati (KOSMO 4/2/2013)

En. Mohd Khairi Tajudin 

Jika anda ingin membuat belian buku-buku mereka, layari www.galeriilmu.com atau www.galeriilmu.com.my.

Friday, 1 February 2013

Pesta Buku 1 Malaysia

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim mengunjungi booth Galeri Ilmu Sdn Bhd selepas majlis perasmian Pesta Buku Malaysia di PWTC. Keterangan gambar: Puan Hajah Aliyah Sijari, Pengarah Komunikasi Korporat Galeri Ilmu Sdn Bhd menerangkan sesuatu berkenaan buku Diari Seorang Diplomat - Hikmah Yang Tersirat kepada YBhg Dato'.


Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Dato' Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM atas kesudian melancarkan terbitan terbaru buku-buku Galeri Ilmu di Pesta Buku 1 Malaysia, di PWTC semalam.


Ustaz Ahmad Sidqi Danial, penulis buku RAHSIA DIA SURAH, PENYERI SUBUH JUMAAT, sedang memperkatakan sesuatu kepada pengunjung di Pesta Buku 1 Malaysia semalam. Buku ini ditasheh oleh 35 ahli Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, KDN. Terima kasih diucapkan kepada yang Bhg Ustaz atas kesudian 'terbang' dari Sabah semata-mata untuk bertemu mata dengan peminat.


 


SYURGA SEORANG ISTERI - CEREKARAMA TV3

Seumur hidupnya, Salina mengorbankan usia dirinya untuk membina kebahagiaan keluarga. Pun begitu, akhirnya dia terperangkap dalam situasi pelayaran rumahtangga.

Apakah yang akan terjadi kepada Salina?

Ikuti kisah SYURGA SEORANG ISTERI terbitan terkini Layar Consult Sdn Bhd yang bakal menemui peminat slot CEREKARAMA TV3, Sabtu ini, 2 Februari 2013, jam 10.00 malam.