Friday, 1 February 2013

SYURGA SEORANG ISTERI - CEREKARAMA TV3

Seumur hidupnya, Salina mengorbankan usia dirinya untuk membina kebahagiaan keluarga. Pun begitu, akhirnya dia terperangkap dalam situasi pelayaran rumahtangga.

Apakah yang akan terjadi kepada Salina?

Ikuti kisah SYURGA SEORANG ISTERI terbitan terkini Layar Consult Sdn Bhd yang bakal menemui peminat slot CEREKARAMA TV3, Sabtu ini, 2 Februari 2013, jam 10.00 malam.



Tuesday, 29 January 2013

Pesta Buku 1 Malaysia PWTC Jan/Feb 2013

Assalammualaikum..

Kepada anda di luar sana, anda dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Pesta Buku 1 Malaysia.

Temui booth kami di sana dengan pelbagai jualan buku serta majalah terbitan GIMG, pelbagai tawaran diskaun dan cenderahati menanti pengunjung di sana.

Tarikh : 30/1 hingga 3/2/2013
Masa : 10 pagi hingga 8 malam
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Booth Kami : C04, C05, C24 dan C23 (Dewan Tun Razak 3)


  

Layari www.galeriilmu.com untuk maklumat lanjut atau sila klik sebelah kiri anda.

Tokoh Maulidur Rasul GIMG 2013

Taniah kepada kedua-dua tokoh Maulidur rasul GIMG iaitu Puan Noraina, Oenolong Editor Q&A dan Saudara Wan Zayyad bin Wan Azmin. Penyampaian hadiah tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan iaitu Tuan Haji Abu Hassan Morad.


En Wan Zayyad (sebelah kanan), Cikgu Abu Hassan (tengah), Puan Noraina (sebelah kiri)

Sunday, 27 January 2013

PERADUAN ANIS & ASUH 2013


Sertai peraduan ANIS ini dengan menyertai peraduan terkumpul, menangi hadiah ke seluruhan bernilai sehingga RM20,000 ringgit.

Bawa pasangan anda menikmati perjalanan yang menyeronokkan di Kemboja, Beijing serta Bangkok.
Begitu juga dengan anak-anak anda, sertai peraduan terkumpul ASUH dan menangi hadiah bernilai sehingga
RM 5,000 ringgit.

Borang peraduan serta syarat boleh didapati di Majalah ANIS dan ASUH.
Jadi, dapatkan majalah ASUH dan ANIS sekarang juga!

Friday, 25 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H di Alor Setar, Kedah

Salam Maulidur Rasul 1434H daripada kami, staf Galeri Ilmu kini berada di Bumi Darul Aman bersama warga utara menyambut hari yang cukup bermakna ini.

Standby bagi program Maulidur Rasul di Giant Alor Setar.

Ceramah Khas daripda Tuan Guru Syeikh Abdul Nuruddin menutup hari terakhir program Lantunan Mahabbah Rasulillah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah.

Poster Peraduan Terkumpul Majalah ANIS & Majalah ASUH mula merentas laluan jalan-jalan utama sekitar bandar Alor Setar, Kedah. Dapatkan majalah ANIS & ASUH yang terkini untuk maklumat lanjut.

Indahnya Islam. program Maulidur Rasul @ Giant Alor Setar berhenti rehat seketika. Solat Zohor berjemaah ditunaikan di laluan antara Giant dan pasar di Souq Al-Bukhary.

Maulidur Rasul di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah. Dapatkan buku-buku dan majalah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dengan harga istimewa.

Friday, 18 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Menjamah Santapan Nurani Dengan Bacaan Berkualiti!

Serikan Sambutan Maulidur Rasul 1434H dengan buku-buku yang akan menambah kecintaan kita kepada Baginda S.A.W

Bagi maklumat lanjut layari : www.galeriilmu.com.my


Thursday, 17 January 2013

Diari Seorang Diplomat ke Wisma Putra

Pada 17/1/2013, Puan Hajah Aliyah Sijari (Pengarah Komunikasi Korporat & Penjenamaa GIMG), Ustaz Shahrul Nizam dan En Nasri Nasir telah ke Wisma Putra dengan membawa sebuah buku terbitan GIMG iaitu Diari Seorang Diplomat :Hikmah Yang Tersirat.

En Ahmad Kamrilzamil, Pengarah Media Respons, Promosi dan Penerbitan
Kementerian Luar Negeri menerima kunjungan
kami mewakili Menteri Luar Malaysia yang sedang berada di Mesir.

Diari Seorang Diplomat : Hikmah Yang Tersirat sedang dibaca
oleh En.Ahmad Kamrilzamil. Semoga ada kelansungan
dengan para diplomat yang lain.