Thursday, 17 January 2013

Usrah Nurani oleh Ustaz Zul Ramli

Usrah Urani akan bersiaran tiap-tiap Jumaat bersama naqib Ustaz Zul Ramli Mohd Razali selaku Editor Eksekutif Majalah Q&A di saluran radio IKIM.FM pada jam 5.15 petang hingga 6.45 petang. Selain itu, tetamu jemputan turut diundang. Antaranya Noryn Aziz,Nor Salima dan lain-lain.Turut mengundang ialah En Nasri Nasir sebagai Pengurus Kanan Promosi Majalah Q&A.

Bersama Noryn Aziz dan Nor  Salima

Bersama DJ Norhayati dan En Nasri Nasir

Thursday, 10 January 2013

Terkini dan terhangat di Mutiara Minda MPH

Top 10 MPH
Berikut adalah judul buku-buku terbitan Galeri Ilmu Media Group yang berada dalam senarai 10 buah buku paling laris jualannya di MPH Bookstore dari tarikh 6 Januari 2013 hingga 13 Januari 2013 iaitu :-

1- Mudahkan Jangan Susahkan (Syed Alwi Al-tas)
2- Aku Terima Nikahnya (Hasrizal Abdul Jamil)
3- Bersyukur Saat Diuji (Muhd Kamil Ibrahim)
4- Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari ( Dr Zaharuddin Abd Rahman)

Kepada anda di luar sana yang belum mendapatkan buku-buku di atas, sila layari www.galeriilmu.com.my, www.iqramall.com atau di laman sesawang MPH Bookstore.


Tuesday, 8 January 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIM 2012

Karnival Mahabbah IKIM.fm @ Masjid Asy-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) berlansung dengan penuh gemilang. Karnival ini diadakan pada 31 Disember 2013 hingga 1 Januari 2013. Selain itu, terdapat forum Bicara Adden tajaan majalah Q&A sempena Karnival Mahabbah IKIM.fm . Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, Kolumnis Q&A berpadu dengan Y.Bhg Datuk Nik Mustapha, Ketua Pengarah Istitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengisi program tersebut yang membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.


Karnival Mahabbah ini telah bermula dari awal pagi hingga kahir tahun 2012 hinggalah ke subuh tahun baru Masehi (2013). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda dalam menyambut tahun baru mengikut landasan agama Islam. Karnival telah diserikan dengan pelbagai acara , termasuklah Konsert Mahabbah IKIM.FM menjadi acara kemuncak dengan dirasmikan oleh YBH. Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).




Setup booth Galeri Ilmu untuk Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin KLCC yang bermula hari ini.



Sedang berlansung di Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin KLCC, segmen rakaman Duniaku Buku bersama Ustazah Fatimah Syarha mengupas novel Cinta High Class. Moderator : DJ Syafiq

Pertandingan mewarna bersama Majalh Asuh dan Nisa' Wilayah sedang berlansung di Karnival Mahabbah IKIM.FM @ Masjid Asy-Syakirin.


Friday, 4 January 2013

Projek Dana Waqaf

Pada beberapa hari yang lepas. Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan bersama Ana Edar dalam kerjasama bagi mengedarkan produk makanan tambahan iaitu Qaseh ANIS. Tujuan kerjasama ini diadakan untuk menyediakan dana waqaf. 



Produk Qaseh Anis


Sunday, 30 December 2012

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman

Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin & Pelancaran Buku 

Kepada anda diluar sana, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi suasana di Majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin serta Pelancaran Buku 40 Hadis Akhir Zaman pada 30 Disember 2012 ini di Masjid Al-Falah, USJ9. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun 20% setiap pembelian buku ini.

 Sempena majlis Talaqqi Bulanan Kitab Sairus Salikin oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya telah diadakan majlis Pelancaran Kitab Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan beliau yang juga dikenalai dengan nama pena Abu Ali an-Nadwi al-Maliki. Majlis telah disempurnakan oleh Nazir Masjid Al-Falah, Dato' Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir.

     Galeri Ilmu Media Group selaku penganjur pelancaran turut menayangkan slide show kembara Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Pondok Pesantren Yasin, Banjarmasin, Kalimantan Selatan kepada kira-kira 200 orang jemaah hadir. 'Pengajian ekspress' selama empat hari empat malam itu telah di bimbing secara bertalaqqi oleh Tuan Guru Syeikh Fahmi yang juga pengasas kepada pondok tersebut.

Tuesday, 25 December 2012

Kunjungan Mempererat Hubungan Silaturrahim

Pada 23hb Disember lalu, Hajah Aliyah Sijari (Pengarah Komunikasi Korporat & Penjenamaan Galeri Ilmu Media Group) telah singgah mengunjugi Tuan Syed Hassa Bin Muhammad Al-Attas (Habib Hassan), Imam Besar Masjid Ba'alawi di Singapura. ini merupakan kunjungan hormat yang dilakukan ke Masjid Ba'alawi sempena program ziarah keluarga di selatan tanah air. 

Dalam pertemuan tersebut, Hajah Aliyah telah mengadakan perbincangan khusus mengenai Program Pelancaran Majalah Q&A di Singapura yang akan diadakan pada 24 Januari 2013 bertempat di Masjid Ba'alawi sempena Maulidur Rasul 1434H.

       

       

Monday, 24 December 2012

BENGKEL MASAKAN ANIS TAHAP 2

BENGKEL MASAKAN ANIS TAHAP 2 bersama CHE FAIZAL NG

Temui beliau pada 16 Februari 2013 hari Sbatu, pelbagai aktiviti menarik serta pembelajaran terkini mengenai ULI-ULI ROTI.

Sesuai untuk para wanita dan suri rumah yang ingin mempelajari jenis-jenis pastri dan buatan roti yang lain. Tidak rugi jika anda mengeluarkan sedikit wang untuk menyertai kelas ini.

Bayaran hanya RM 300.00 sahaja bagi seorang. Jangan lupa, ajak rakan-rakan anda untuk menyertainya.