Thursday, 1 November 2012

Kedatangan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Albanjari

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, Pengetua Pondok Pesantren Yasin, Banjarbaru, Kalimantan Selatan meluangkan masa seharian di pejabat Galeri Ilmu untuk menyemak manuskrip buku beliau yang bakal terbit, Edisi 40 Hadis Istimewa Akhir Zaman. Di kesempatan yang sama, beliau turut meluangkan masa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan.

    Beliau juga menyumbang ilmu di Maahad tarbiah Islamiah , derang, Pokok Sena, Kedah, berpesan, " Untuk menjadi insan yang tidak mempertikaikan tentang kehebatan Rasulullah, belajarlah ilmu adab kerana orang-orang tua dahulu sangat menitikberatkan kepada anak-anak mereka belajar kitab adab." Beliau turut menceritakan pengalamnnya semasa kecil, sering melihat ibunya mempelajari isi kitab Hidayatus Salikin." Kitab lama itu masih saya simpan sehingga sekarang," katanya.
Nasihatnya, " Kita perlulah mempelajari kitab seperti itab Hidayatus Salikin, Sairus Salikin, insya-Allah pegangan akidah fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah kita akan kukuh, kerana di dalam kitab-kitab ini terkandung adab-adab seharian kita mengikut amalan sunnah Nabi SAW. Hikmahnya kita terpelihara daripada terjebak dengan fahaman yang salah.

      
Tuan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Ini merupakan penulisan beliau melalui
buku 40 Hadis
Peristiwa Akhir Zaman

Rakaman Slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia TV1

Sebahagian foto yang sempat dirakam ketika sesi rakaman slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia TV1. Kali ini giliran Sted Alwi Al Alatas penulis bagi buku Mudahkan Jangan Susahkan serta Hilal Asyraf selaku penulis buku Batu Bata Kehidupan. Rakaman ini dirakam ketika Ekspo Buku Islam 5 di Kuala Lumpur Sentral. 





Tuesday, 23 October 2012

Monday, 22 October 2012

Undangan Istimewa - Habib Syech Abdul Qadir & Kumpulan InTeam

Pada 22 Oktober 2012 semalam, Galeri Ilmu Sdn Bhd telah menerima undangan istimewa iaitu Habib Syech Abdul Qadir dan Kumpulan InTeam dari Indonesia. Kehadiran mereka sangat di alu-alukan oleh staff GISB Tazkirah yang mendalam hanya mengambil masa 30 minit berkesan di hati masing-masing ketika mendengar tazkirah beliau. Antara tazkirahnya adalah mengenai kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW mestilah dipupuk semenjak usia masih kecil. Semua kebaikan yang kita lakukan, sandarannya kerana kita mencintai Rasulullah SAW. 
Beberapa gambar sempat di rakam oleh lanser kamera kami.

Terkenal dengan lagu Qasidah Ya Hanana...Kumpulan Inteam serta Al-Habib Syech telah mengalunkan lagu tersebut. Sebelum ini kita hanya mendengar lagu melalui saluran media sahaja, namun staff GISB berpeluang berdepan dengan mereka melakukan persembahan. Alhamdulilah...bergemalah alunan Qasidah Ya Hanana di Astana Karya semalam.

Berikut adalah rakaman yang di buat di Astana Karya, Galeri Ilmu Sdn Bhd :-


Jom Beli Buku Galeri @ Kedai Buku

Promosi bermula pada 10 November hingga 31 Disember 2012
Terdapat DISKAUN 15% setiap pembelian
Manakala, pembelian RM 50 ke atas layak menyertai cabutan bertuah.
Ramai-ramai kita memeriahkannya.
Sila Klik>>> buku kita harta kita @ www.galeriilmu.com.my
utuk maklumat lanjut.


Berikut adalah kedai-kedai yang terlibat sepanjang promosi berlansung . Anda boleh mendapatkan buku buku baru kami di kedai yang disenaraikan di bawah ini : -

JOHOR
1- Kedai Buku Al-Kitab
     Lot F 1-30 Ground Floor, Pasaraya Carrefour, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.

2- Pustaka  Arris
     Level 3-09B, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor.
     Tel : 07-2551 420

3- Kedai Buku dan Alat Tulis Freedom
     No 2 & 4, Jalan Cempaka 1, Taman Kristal, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
     Tel : 07-4542336

4- PH Bookstore (Pustaka Hussien)
     No. 24, Jln Maharani, Muar , Johor.
     Tel : 07-9534537

5- Sapuan Bookstore
     S33, Kirtmap Kota Tinggi, Jln Maju, Kota Tinggi, Johor.
     Tel : 013-7794 863

6- Kedai Buku & Alat Tulis Inspirasi
     No. 55&56 Aras Bawah, Bangunan Baitulmal, Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian, Pontian, Johor
     Tel : 07-6883 363

PAHANG
1- Darul  Ansar
     K6, GF Kuantan Parade, Jln Hj Abdul Rahman, Kuantan, Pahang.
     Tel : 09-5133 626

2- Mardani Enterprise
     No2, Lorong Baiduri, Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang.
     Tel : 017-9390 073

KELANTAN
1- Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (16 outlet)
     2422, Kawasan Perindustrian, Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan
     Tel : 09-7733 555

2- Maktabah Dae Enterprise
     PT 4933, Tmn Kota Harmoni, Tanah Merah, Kelantan
     Tel : 013-9466 880

MELAKA
1- Homud Belweel
     Lot 27 (B) Tesco Hypermarket, Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit, Melaka.
     Tel : 06-2643 504

Saturday, 20 October 2012

Majlis Makan GIMG

Pada 18 Oktober 2012 hari Khamis lepas, staf dari Jabatan Majalah, dan Komunikasi Koporat GISB telah pergi melawat Ustaz Rujhan Mohamed Razali di Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang. Ketika berada di rumah beliau, staf-staf Galeri telah dijamukan ikan patin di gulai masak tempoyak di rumahnya. Sambil menjamu di rumahnya. Ibu bapa beliau terkenang ketika menjamu orang-orang Fitrah Perkasa.


Ketika pulang, sempat Ustaz Rujhan memberi beberapa ikan patin untuk di bawa pulang. Alhamdulillah..ikan patin yang diberi oleh Ustaz Rujhan Mohamed Razali ketika menziarah telah pun digulai dan dimakan secara berjemaah di Galeri Ilmu Sdn Bhd pada keesokkan harinya. Terima kasih ustaz, semoga ustaz sembuh sepenuhnya dan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah beliau.

Wednesday, 17 October 2012



Anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi

EKSPO BUKU ISLAM 4 KL SENTRAL
pada 27 Oktober hingga 4 November 2012
di Tingkat 2, Stesen Kuala Lumpur ( Berhadapan eskalator)

Temui booth kami di sana dan dapatkan buku-buku terkini dan terbaru hanya
terbitan berkualiti daripada Galeri Ilmu Sdn Bhd.


untuk keterangan lanjut.