Wednesday, 17 October 2012

Lawatan daripada IKBN Seri Iskandar Perak.

Pada hari Selasa lepas, GISB telah menerima tetamu daripada Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak ( IKBNSI). Secara umumnya, institut ini menjalankan  aktiviti latihan kemahiran dalam bidang eletronik dengan dua jurusan iaitu Elektronik industri dan Elektronik Audio Visual. Bagi kesempatan lawatan ini, pihak IKBN mengambil peluang untuk meninjau di Jabatan Khidmat Media dan IT. Selain itu, tujuan mereka datang adalah bagi mementeraikan satu usahasama latihan industri Bidang Teknologi Elektronik Industri, teknologi Elektronik Audio Visual, Multimedia Pengarangan dan Rangkaian Komputer antara IKBN dengan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Insya-Allah akan ramailah pelatih institut ini yang akan mendapat manfaatnya.                        
Termeterailah satu usahasama IKBN dengan GISB
dalam bidang media dan eletronik

Sunday, 14 October 2012

Promosi Oktober 2012

Promosi Oktober 2012

Anda berminat dengan buku-buku ini???

Segera dapatkan koleksi buku-buku tersebut dengan DISKAUN sebanyak 15% serta PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh negeri.

Jom! anda di luar sana, apa tunggu lagi? jika berminat untuk membelinya layari http://www.galeriilmu.com.my


Untuk mengetahui sinopsis buku-buku di atas sila KLIK >> Buku Kita Harta Kita

Friday, 5 October 2012

Lawatan daripada Tim Majalah Sinergi

Pada hari ini, sebelah petang, Galeri Ilmu telah menerima kunjungan daripada Syarikat pengeluaran Majalah Sinergi. Turut serta dalam lawatan ini adalah ketua editor majalah Sinergi dan tim-tim grafik. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan info-info terkini mengenai cara dan bagaimana editor Majalah QNA, Majalah ANIS dan Majalah ASUH membentuk satu majalah berlandaskan Islamik. Selain itu, mereka juga membuat sesi lawatan ke Jabatan Khidmat Media untuk mempelajari teknik pengaturcaraan mengenai dari segi grafik di dalam majalah.
Berikut adalah sesi lawatan mereka di Jabatan Editorial Majalah dan Jabatan Khidmat Media GISB


Saturday, 29 September 2012

JOM!!! KEM ASUH 2012

Kem Asuh ' Jom Jadi Baik'

Pada 25 hingga 29 November 2012 dan 16 hingga 20 Disember 2012, Majalah Asuh mengadakan KEM ASUH 2012 bertemakan JOM JADI BAIK.

Bayaran tersebut hanyalah RM 500 seorang sahaja. Bagi 70 peserta terawal yang mendaftar, anda layak mendapat ' penjimatan' sebanyak RM 80 iaitu hanya bayar sebanyak RM 420 sahaja.

Jom! ajak anak-anak anda untuk sertainya pada musim sekolah ini.  Aktiviti ini akan membantu anak-anak anda lebih berdikari dan mantap dari semua aspek rohani dan jasmani.

Untuk keterangan lanjut layari : http://www.galeriilmu.com.my


Monday, 24 September 2012

Promosi Pre-Order Bermula sekarang!

Promosi PRE-ORDER + POS PERCUMA dengan DISKAUN 10% .
1. 43 Inspirasi Mendidik Anak
2. Memilih Untuk Bahagia

Berminat sila layari laman web kami di www.galeriilmu.com.my atau hubungi kami di talian 03-6142 1614 (Puan Maizanur, Unit Langganan Buku dan Majalah)



Wednesday, 19 September 2012

Lawatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pn Hajah Jalilah sedang menerangkan
proses majalah di rekabentuk

Pada 19 September 2012, pihak daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat lawatan ke  Galeri Ilmu Sdn Bhd . Lawatan tersebut disertai seramai 13 orang yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 3 perempuan. Lawatan tersebut dikendalikan oleh Puan Hajah Jalilah (Pengurus Majalah/ Editor Majalah QnA) dan Puan Marzhatul Shima (Editor Majalah Asuh). Manakala Puan Norhashimah Abdul Rahman (Editor Majalah Anis) tidak berada pada waktu tersebut kerana mempunyai tugas di luar pejabat.

Puan Marzathul sedang memberi
penerangan tentang pembuatan
Majalah Asuh.
    




Lawatan mereka ini bertujuan untuk mengenal dan mengetahui bagaimana proses buku dan majalah yang diterbitkan di sini. Selain itu, sasaran mereka adalah mempelajari cara-cara penghasilan majalah keluaran GISB. 

Tuesday, 18 September 2012

Promosi September 2012

Promosi September 2012

Anda berminat dengan buku-buku ini??..

Segera dapatkan koleksi buku-buku tersebut dengan DISKAUN sebanyak 15% serta PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh negeri.

Jom! apa tunggu lagi, jika berminat sila layari http://www.galeriilmu.com.my/.



*Untuk mengetahui sinopsis buku-buku ini sila KLIK >> Buku Kita Harta Kita

Selain itu juga, kami juga menawarkan buku-buku TERBARU DAN TERKINI kami untuk anda>>

Novel Awal Remaja